Page 9 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 9
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
Polisi Sekolah
Kami warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (1) berjanji dengan penuh
tekad dan iltizam akan menumpukan segala usaha dan tenaga kami ke arah Karamah
Insaniah untuk:
1. Memastikan setiap murid mendapat layanan yang saksama.
2. Memberi khidmat yang berkualiti penuh dedikasi dalam membentuk dan melahirkan murid yang
berpotensi dan berhemah tinggi.
3. Melahirkan murid yang berketrampilan, kritis, kreatif, inovatif dan berteknologi.
4. Mewujudkan budaya intergriti, penyayang dan disiplin pada setiap masa dikalangan guru dan
murid.
5. Mewujudkan hubungan erat bekerjasama dan mesra terhadap murid, ibu bapa dan penjaga
demi mencapai wawasan sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion perguruan.
7. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang
membina dari semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti demi mempertingkatkan prestasi
perkhidmatan.
8. Memastikan setiap arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat dipatuhi dan dilaksanakan
dengan sempurna.
3 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah