Page 4 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 4
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 ini dalam suasana yang harmoni.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa
yang menggambarkan kesungguhan dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Untuk
makluman hadirin semua, tahun 2020 merupakan tahun memperkasakan akademik dan sahsiah
yang telah diadun khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan
memandangkan berlaku transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua
pendidik dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan.
Bertitik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan
generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi
pembangunan rohani dan jasmani. Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mengejar impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah
Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-
sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan
merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2020 dan warga
pendidik SKBB pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah
menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya
tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan
fungsi PIBG sekolah kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis
ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, Wassalam.
………………………………….
(AHMAD BAKHIR BIN CHIK)
YANG DIPERTUA PIBG
SK BUKIT BESI
23200 BUKIT BESI,
DUNGUN, TERENGGANU.