Page 21 - Buletin PU Subang Edisi Ulung 012020
P. 21

BERITA PANGKALAN                                                                                            BERITA PANGKALAN




     LAWATAN PEGAWAI LAKSANA PANGKALAN
     LAWATAN PEGAWAI LAKSANA PANGKALAN


                                                                               KE LOKASI SEKATAN JALAN RAYA (SJR)







                                                                                  SKN 208 PROVOS, 27 Mac 20 – Pegawai Laksana Pangkalan,  Kol
                                                                                  Mohammad Jafri bin Suboh TUDM diiringi Ketua Skn 208 Provos, Mej
                                                                                  Hanif Omar bin Abdul Majid TUDM bersama-sama pegawai dari
                                                                                  Pangkalan Udara Subang membuat lawatan dan tinjauan ke beberapa
                                                                                  lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Shah Alam bagi melihat
                                                                                  sendiri situasi penugasan dan cabaran anggota dalam melaksanakan
                                                                                  tugas OPS PENAWAR.

                                                                                         Lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang terlibat dalam lawatan dan
                                                                                  tinjauan adalah di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 26 Shah Alam,
                                                                                  Persiaran Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam dan Plaza Tol Shah Alam
                                                                                  NKVE (Arah Bukti Jelutong) .

                                                                                         Lawatan ini diadakan bagi memberi semangat dan suntikkan
                                                                                  moral anggota bertugas dalam penugasan OPS PENAWAR supaya
                                                                                  sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas tanpa mengenal
                                                                                  penat dan lelah.




 SUBANG, 10 Mac 20 – Sel Perisikan PU Subang dengan kerjasama Cawang Anti
 Keganasan BSPP telah menganjurkan taklimat anti keganasan bertempat di
 Dewan Ababil, PU Subang.

 Seramai  470  orang  pegawai  dan  anggota  pangkalan  telah  menghadirinya
 termasuk Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM, Pegawai
 Laksana Pangkalan, Lt Kol Muhammad Jafri bin Suboh TUDM serta para Pegawai
 Memerintah Skn dan Ketua-Ketua Cawang.

 Taklimat yang bertajuk Ancaman Ekstrimisme, Radikelisme dan Terrorisme
 kepada Keselamatan ATM dan Implikasi Undang-Undang Terhadap Anggota ATM
 ini telah disampaikan oleh Ketua Cawang Anti Keganasan dan PS 1 Undang-
 Undang BSPP iaitu Lt Kol Dr Zulkarnain bin Haron dan Lt Kol Shaharudin bin
 Abdul Rahman.


 Program Road Show ini juga merupakan salah satu program tahunan BSPP
 dalam usaha memupuk kesedaran anggota tentera dan kakitangan awam
 KEMENTAH di pangkalan berkenaan bahaya penglibatan diri dalam
 aktiviti-aktiviti kumpulan pengganas dan ajaran sesat seperti DAESH, LTTE, IS
 dan sebagainya.



























 20  BULETIN PU SUBANG                                                                                                         BULETIN PU SUBANG        21
 Edisi Ulung Tahun 2020                                                                                                      Edisi Ulung Tahun 2020
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26