Page 192 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | EHATI
P. 192

Jika bukan kerana adanya rakan kerja kita dan boss kita, manakan

         mungkin syarikat atau jabatan kita boleh beroperasi secara lancar


         dan akhirnya menyumbang pada keberhasilan pendapatan yang kita

         bawa pulang ke rumah?





         Jika bukan dengan adanya mertua dan keluarga ipar kita, manakan

         mungkin kita ada pasangan kita yang kita sayangi dan menjadi


         tempat kita berteduh dan bermanja?





         Jika bukan dengan adanya anak yang sedang aktif membesar,

         manakan mungkin kita bergelar ibu dan ayah?  Jika bukan dengan

         adanya pasangan kita, manakan mungkin kita merasa aman, selamat


         dan rasa ditemani dan tidak sunyi?




         Jika tanpa bekas pasangan kita (bekas husband atau bekas isteri)


         manakan mungkin kita ada anak yang menjadi pewaris dan penyejuk

         hati  kita?  Jika  bukan  dengan  adanya  ibu  bapa  kita,  manakan

         mungkin kita ada hari ini?

































                                                          175
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197