Page 192 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 192
Jika bukan kerana adanya rakan kerja kita dan boss kita, manakan
mungkin syarikat atau jabatan kita boleh beroperasi secara lancar
dan akhirnya menyumbang pada keberhasilan pendapatan yang kita
bawa pulang ke rumah?
Jika bukan dengan adanya mertua dan keluarga ipar kita, manakan
mungkin kita ada pasangan kita yang kita sayangi dan menjadi
tempat kita berteduh dan bermanja?
Jika bukan dengan adanya anak yang sedang aktif membesar,
manakan mungkin kita bergelar ibu dan ayah? Jika bukan dengan
adanya pasangan kita, manakan mungkin kita merasa aman, selamat
dan rasa ditemani dan tidak sunyi?
Jika tanpa bekas pasangan kita (bekas husband atau bekas isteri)
manakan mungkin kita ada anak yang menjadi pewaris dan penyejuk
hati kita? Jika bukan dengan adanya ibu bapa kita, manakan
mungkin kita ada hari ini?
175