Page 82 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 82
Sesungguhnya sejak kita bangun pagi tadi sehingga kini, terlalu
banyak kebaikan dan pertolongan yang kita perolehi dari para
makhluk. Adakah kita sedari dan mensyukurinya?
Di sebalik air bersih yang kita gunakan untuk mandi ada titik peluh
beribu orang yang bekerja sehingga air bersih dengan semudahnya
sampai kepada kita.
Sudahkah kita ucapkan terima kasih kepada mereka? Siapakah
mereka? Kita juga tidak mengenali mereka, bukan?
Di sebalik makanan yang kita makan, ada tangan-tangan nelayan,
petani, peraih, pemborong dan peruncit yang tidak tidur malam
untuk menyediakan makanan untuk kita. Adakah kita menyedari dan
mensyukurinya?
Di sebalik pakaian yang kita pakai, ada tangan-tangan yang terluka
dan sakit kerana menenun dan menyulam benang-benang yang
halus sehingga menjadi baju yang kemudian kita pakai dengan
selesa. Siapakah mereka? Adakah kita sedari dan syukuri?
Di sebalik kemudahan dan kelancaran hidup seharian kita, ada
tangan-tangan yang terus menerus berbakti kepada kita.
65