Page 7 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 7
PENGENALAN
Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Kebajikan Masyarakat Bilangan 2
Tahun 2022 pada 24 Mei 2022 telah memutuskan agar pihak Jabatan
membangunkan e-book berhubung statistik dan senarai penemuan audit berulang
di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan sebagai panduan dan
rujukan kepada semua agensi/Jabatan.
E-book Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat ini
secara amnya merupakan peluang kepada semua agensi/Jabatan
untuk merancang, memantau, membuat penambahbaikan berterusan dan
memastikan agensi/Jabatan agar patuh kepada peraturan dan undang-undang
berkuatkuasa dan sekaligus mengurangkan ketidakpatuhan yang sama ditemui
semasa pengauditan.
Himpunan penemuan audit berulang ini disediakan berdasarkan
penemuan audit dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat bagi tahun 2019 hingga 2022 yang melibatkan
30 penemuan yang kerap ditemui di Jabatan.
7 Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat