Page 3 - E-BULETIN JTKSABAH
P. 3
eBuletin
eBuletin
JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
Edisi 1 / 2023 ( JAN - MAC )
Edisi 1 / 2023 ( JAN - MAC )
PERHIMPUNAN BULANAN SIRI I 2023 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH
BERSAMA YB TUAN MUSTAPHA SAKMUD, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Kerja Sabah Bilangan
1/2023 telah diadakan pada 13 Januari 2023 bertempat di Institut
Pentadbiran Awam Negara (INTAN) Sepanggar, Kota Kinabalu.
Menariknya perhimpunan pada kali ini turut dihadiri oleh YB Tuan
IR Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Dalam ucapan perasmian YB Timbalan meminta semua pegawai
untuk melaksanakan tugasan dengan impak yang tinggi dan
mampan agar mampu memberikan kesan kepada masyarakat.
Beliau juga menekankan kepada tanggungjawab pegawai dalam
menjaga tahap profesionalisme bagi memberikan perkhidmatan
yang terbaik. Dalam majlis ini juga Pengarah Tenaga Kerja
Sabah YB Wan Zulkfli Wan Setapa memberikan taklimat
berkenaan aktiviti jabatan serta hala tuju untuk tahun 2023.
Turut diadakan dalam majlis perhimpunan ini juga adalah Majlis
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Pengarah Tenaga
Kerja Sabah bersama pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja
Sabah. Seterusnya juga sesi menandatangani Ikrar Bebas
Rasuah telah berlangsung di hadapan YB Ts Mustapha Sakmud
Timbalan Menteri Sumber Manusia dan YBhg Datuk S
Karunanithy Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Sabah.