Page 3 - E-BULETIN JTKSABAH 1
P. 3
eBuletin
eBuletin
JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
Edisi 1 ( Januari - Mac 2023 )
Edisi 1 ( Januari - Mac 2023 )
PERHIMPUNAN BULANAN SIRI I 2023 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA
YB TS MUSTAPHA SAKMUD, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Kerja Sabah Bilangan
1/2023 telah diadakan pada 13 Januari 2023 bertempat di Institut
Pentadbiran Awam Negara (INTAN) Sepanggar, Kota Kinabalu.
Menariknya perhimpunan pada kali ini turut dihadiri oleh YB Ts
Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Dalam ucapan perasmian YB Timbalan Menteri Sumber Manusia
meminta semua pegawai untuk melaksanakan tugasan dengan
impak yang tinggi dan mampan agar mampu memberikan kesan
kepada masyarakat. Beliau juga menekankan kepada
tanggungjawab pegawai dalam menjaga tahap profesionalisme
bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dalam majlis ini
juga Pengarah Tenaga Kerja Sabah YBhg Tuan Wan Zulkfli Wan
Setapa memberikan taklimat berkenaan aktiviti jabatan serta hala
tuju untuk tahun 2023.
Turut diadakan dalam majlis perhimpunan ini juga adalah Majlis
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Pengarah Tenaga
Kerja Sabah bersama pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja
Sabah. Seterusnya diadakan juga sesi menandatangani Ikrar
Bebas Rasuah telah berlangsung di hadapan YB Ts Mustapha
Sakmud Timbalan Menteri Sumber Manusia dan YBhg Datuk S
Karunanithy Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Sabah.