Page 3 - E-BULETIN JTKSABAH
P. 3

eBuletin
                              eBuletin


                            JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
                            JABATAN TENAGA KERJA SABAH 2023
                                                                                    Edisi 1 / 2023 ( JAN - MAC )
                                                                                    Edisi 1 / 2023 ( JAN - MAC )




         PERHIMPUNAN BULANAN  SIRI I 2023 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH
   BERSAMA YB TUAN MUSTAPHA SAKMUD, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA






                                             Perhimpunan  Bulanan  Jabatan  Tenaga  Kerja  Sabah  Bilangan
                                             1/2023 telah diadakan pada 13 Januari 2023 bertempat di Institut
                                             Pentadbiran  Awam  Negara  (INTAN)  Sepanggar,  Kota  Kinabalu.
                                             Menariknya  perhimpunan pada kali ini turut dihadiri oleh YB Tuan
                                             IR Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.


                                             Dalam ucapan perasmian YB Timbalan meminta semua pegawai
                                             untuk  melaksanakan  tugasan  dengan  impak  yang  tinggi  dan
                                             mampan  agar  mampu  memberikan  kesan  kepada  masyarakat.
                                             Beliau juga menekankan kepada tanggungjawab pegawai dalam
                                             menjaga  tahap  profesionalisme  bagi  memberikan  perkhidmatan
                                             yang  terbaik.  Dalam  majlis  ini  juga  Pengarah  Tenaga  Kerja
                                             Sabah  YB  Wan  Zulkfli  Wan  Setapa  memberikan  taklimat
                                             berkenaan aktiviti jabatan serta hala tuju untuk tahun 2023.


                                             Turut diadakan dalam majlis perhimpunan ini  juga adalah  Majlis
                                             Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Pengarah Tenaga
                                             Kerja  Sabah  bersama  pegawai-pegawai  Jabatan  Tenaga  Kerja
                                             Sabah.  Seterusnya  juga    sesi  menandatangani  Ikrar  Bebas
                                             Rasuah telah berlangsung di hadapan YB Ts Mustapha Sakmud
                                             Timbalan  Menteri  Sumber  Manusia  dan  YBhg  Datuk  S
                                             Karunanithy  Pengarah  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah

                                             Malaysia (SPRM) Sabah.
   1   2   3   4   5   6   7   8