Page 6 - e-majalah(Buli Siber)
P. 6
BULI SIBER? APA ITU?
BULI SIBER boleh dirujukan sebagai
aktiviti yang bersifat jenayah di
dalam media sosial yang dijalankan
oleh segelintir individu yang tidak
bertanggungjawab untuk memuaskan
diri sendiri. Buli siber adalah satu
kejadian yang biasa berlaku dan kian
meningkat. Insiden sebenar kejadian
buli siber tidak diketahui kerana
ramai mangsa buli siber tidak tampil
untuk mendapatkan bantuan. Buli
siber adalah perbuatan mengancam,
memalukan atau menakutkan
seseorang melalui medium elektronik
seperti mesej teks (sms), chatting,
e-mel, laman web sosial, telefon
bimbit atau permainan internet.
3