Page 9 - MATC BESUT V1.0
P. 9

MEMPERKASAKAN CABANG BESUT
        Semua AJK dan anggota Cabang Besut berusaha memperkuatkan parti dengan mempergiatkan pendaftaran
        anggota baru dan menubuhkan ranting bagi setiap DUN dengan pencapaian sehingga kini dapat ditubuhkan
        ranting sebanyak 13 unit dan terbantut seketika bila covid menyerang bagi mencapai target di sessi ini sebanyak
        50 unit ranting bagi Cabang Besut. Bagi menjalani kehidupan di era covid, kami AJK di Cabang Besut telah
        Membantu  dengan  menjalankan  beberapa  aktiviti  seperti  mengagihkan  bakul  mkanan,  dapur  rakyat,  dan
        pembahagian pakaian kepada murid sekolah dan Masyarakat yang kurang berkemampuan.

        ISU PEMECATAN AJK DAN ANGGOTA CABANG BESUT
        Semenjak pemilihan 2018 isu pembuangan Cabang dan anggota menjadi agenda utama bagi melumpuhkan
        organisasi cabang Besut. Akibat dari itu terdapat AJK yang dipecat, digantung dan diberi notis tunjuk sebab
        dengan  tuduhan  yang  berunsurkan  fitnah  tanpa  diberi  hak  pembelaan  kepada  tertuduh.  Kami  AJK  dan
        pengurusan  pentadbiran  diperingkat  cabang  hamper  lumpuh  angkara  keangkuhan  pentadbiran  diperingkat
        negeri.

        PERPADUAN DALAM PARTI
        Ketua  Cabang  Besut  menyeru  semua  anggota  parti  Bersama-sama  cabang  bagi  menjalankan  kerja
        memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU 15 nanti. Tahun ini terdapat pemilihan jawatankuasa baru dan
        diharap anggota yang berminat sila tampil dan tonjolkan diri utnuk memegang jawatan diperingkat cabang dan
        pusat.




        II I.   UCAPAN PERASMIAN

        TUAN FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK  Selaku  Wakil  telah memberi ucapan yang
        menyentuh perkara-perkara berikut:

           i.     Beliau  menyeru  semua  anggota  parti  untuk  bersatu  dan  bersama-sama  berusaha  kearah
                  penyatuan dan pembersihan parti menjelang PRU 15 nanti. Dalam keadaan negaara yang dilanda
                  covid-19 dan pengurusan ekonomi negara yang teruk, perpaduan antara anggota amat mustahak
                  bagi menentukan pemerintahan negara diterajui oleh Presiden Keadilan.

           ii.    Negeri  Terengganu  adalah  di  antara  negeri  yang  bermasalah  dengan  kepimpinan  Keadilan  di
                  peringkat  negeri,  pemilihan  pemimpin  bagi  2022  amat  berkesan  bagi  mengubah  struktur
                  kepimpinanKeadilan di peringkat negeri selaras dengan matlamat perjuangan parti.

           iii.   Penjajaran bagi parti politik Pakatan harapan untuk bersatu menghadapi UMNO adalah gabungan
                  yang perlu diteliti semulamoleh pemimpin pusat dan apa yang perlu Keadilan perlu bergerak sendiri
                  demi perjuangan untuk rakyat.

           iv.    Kesimpulannya beliau menyeru kepada semua anggota parti Keadilan Cabang Besut  bersatu dan
                  mematuhi kepimpinan disemua peringkat demi menjaga maruah perjuangan parti

















                                                                                                 7
                                                PARTI KEADILAN RAKYAT -
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14