Page 7 - Buku MATC 2023_Neat
P. 7

Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2021 -2022
                                                                               Cabang Besut




         MEMPERKASAKAN CABANG BESUT
         Semua AJK dan anggota Cabang Besut berusaha memperkuatkan parti dengan mempergiatkan
         pendaftaran anggota baru dan menubuhkan ranting bagi setiap DUN dengan pencapaian sehingga kini
         dapat ditubuhkan ranting sebanyak 13 unit dan terbantut seketika bila covid menyerang bagi mencapai
         target di sessi ini sebanyak 50 unit ranting bagi Cabang Besut. Bagi menjalani kehidupan di era covid,
         kami AJK di Cabang Besut telah Membantu dengan menjalankan beberapa aktiviti seperti
         mengagihkan bakul mkanan, dapur rakyat, dan pembahagian pakaian kepada murid sekolah dan
         Masyarakat yang kurang berkemampuan.

         ISU PEMECATAN AJK DAN ANGGOTA CABANG BESUT
         Semenjak pemilihan 2018 isu pembuangan Cabang dan anggota menjadi agenda utama bagi
         melumpuhkan organisasi cabang Besut. Akibat dari itu terdapat AJK yang dipecat, digantung dan
         diberi notis tunjuk sebab dengan tuduhan yang berunsurkan fitnah tanpa diberi hak pembelaan kepada
         tertuduh. Kami AJK dan pengurusan pentadbiran diperingkat cabang hamper lumpuh angkara
         keangkuhan pentadbiran diperingkat negeri.
         PERPADUAN DALAM PARTI
         Ketua Cabang Besut menyeru semua anggota parti Bersama-sama cabang bagi menjalankan kerja
         memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU 15 nanti. Tahun ini terdapat pemilihan jawatankuasa baru
         dan diharap anggota yang berminat sila tampil dan tonjolkan diri utnuk memegang jawatan diperingkat
         cabang dan pusat



         I.   UCAPAN PERASMIAN


         TUAN FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK Selaku Wakil telah memberi
         ucapan yang menyentuh perkara-perkara berikut:

         i.   Beliau menyeru semua anggota parti untuk bersatu dan bersama-sama berusaha kearah
              penyatuan dan pembersihan parti menjelang PRU 15 nanti. Dalam keadaan negaara yang
              dilanda covid-19 dan pengurusan ekonomi negara yang teruk, perpaduan antara anggota amat
              mustahak bagi menentukan pemerintahan negara diterajui oleh Presiden Keadilan.


         i.   Negeri Terengganu adalah di antara negeri yang bermasalah dengan kepimpinan Keadilan di
              peringkat negeri, pemilihan pemimpin bagi 2022 amat berkesan bagi mengubah struktur
              kepimpinanKeadilan di peringkat negeri selaras dengan matlamat perjuangan parti.

         i.   Penjajaran bagi parti politik Pakatan harapan untuk bersatu menghadapi UMNO adalah
              gabungan yang perlu diteliti semulamoleh pemimpin pusat dan apa yang perlu Keadilan perlu
              bergerak sendiri demi perjuangan untuk rakyat.

         Kesimpulannya beliau menyeru kepada semua anggota parti Keadilan Cabang Besut  bersatu dan
         mematuhi kepimpinan disemua peringkat demi menjaga maruah perjuangan parti
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12