Page 12 - MATC Besut 2023
P. 12

Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2021 -2022
                                                                               Cabang Besut



         UCAPAN TERIMA KASIH
         Ketua Cabang mengucapkan terima kasih kepada Tuan Farhash yang
         sudi merasmikan MATC Cabang Besut bagi tahun 2021 dan 2022.
         Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK Cabang Besut dan semua

         anggota yang dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini. Salam
         tahniah kepada Dato Seri Presiden dan pentadbiran Pusat yang
         menerajui parti reformasi ini kearah kesejahteraan umat sejagat


         MEMPERKASAKAN CABANG BESUT
         Semua AJK dan anggota Cabang Besut berusaha memperkuatkan parti

         dengan mempergiatkan pendaftaran anggota baru dan menubuhkan
         ranting bagi setiap DUN dengan pencapaian sehingga kini dapat

         ditubuhkan ranting sebanyak 13 unit dan terbantut seketika bila covid
         menyerang bagi mencapai target di sessi ini sebanyak 50 unit ranting
         bagi Cabang Besut. Bagi menjalani kehidupan di era covid, kami AJK di

         Cabang Besut telah Membantu dengan menjalankan beberapa aktiviti
         seperti mengagihkan bakul mkanan, dapur rakyat, dan pembahagian

         pakaian      kepada      murid     sekolah      dan    Masyarakat        yang     kurang
         berkemampuan.


         ISU PEMECATAN AJK DAN ANGGOTA CABANG BESUT
         Semenjak pemilihan 2018 isu pembuangan Cabang dan anggota
         menjadi agenda utama bagi melumpuhkan organisasi cabang Besut.

         Akibat dari itu terdapat AJK yang dipecat, digantung dan diberi notis
         tunjuk sebab dengan tuduhan yang berunsurkan fitnah tanpa diberi hak

         pembelaan kepada tertuduh. Kami AJK dan pengurusan pentadbiran
         diperingkat cabang hamper lumpuh angkara keangkuhan pentadbiran
         diperingkat negeri.


         PERPADUAN DALAM PARTI
         Ketua Cabang Besut menyeru semua anggota parti Bersama-sama
         cabang bagi menjalankan kerja memperkuatkan parti bagi menghadapi
         PRU 15 nanti. Tahun ini terdapat pemilihan jawatankuasa baru dan
         diharap anggota yang berminat sila tampil dan tonjolkan diri utnuk
         memegang jawatan diperingkat cabang dan pusat
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17