Page 9 - MATC Besut V1.0
P. 9
MEMPERKASAKAN CABANG BESUT
Semua AJK dan anggota Cabang Besut berusaha memperkuatkan parti dengan mempergiatkan pendaftaran
anggota baru dan menubuhkan ranting bagi setiap DUN dengan pencapaian sehingga kini dapat ditubuhkan
ranting sebanyak 13 unit dan terbantut seketika bila covid menyerang bagi mencapai target di sessi ini sebanyak
50 unit ranting bagi Cabang Besut. Bagi menjalani kehidupan di era covid, kami AJK di Cabang Besut telah
Membantu dengan menjalankan beberapa aktiviti seperti mengagihkan bakul mkanan, dapur rakyat, dan
pembahagian pakaian kepada murid sekolah dan Masyarakat yang kurang berkemampuan.
ISU PEMECATAN AJK DAN ANGGOTA CABANG BESUT
Semenjak pemilihan 2018 isu pembuangan Cabang dan anggota menjadi agenda utama bagi melumpuhkan
organisasi cabang Besut. Akibat dari itu terdapat AJK yang dipecat, digantung dan diberi notis tunjuk sebab
dengan tuduhan yang berunsurkan fitnah tanpa diberi hak pembelaan kepada tertuduh. Kami AJK dan
pengurusan pentadbiran diperingkat cabang hamper lumpuh angkara keangkuhan pentadbiran diperingkat
negeri.
PERPADUAN DALAM PARTI
Ketua Cabang Besut menyeru semua anggota parti Bersama-sama cabang bagi menjalankan kerja
memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU 15 nanti. Tahun ini terdapat pemilihan jawatankuasa baru dan
diharap anggota yang berminat sila tampil dan tonjolkan diri utnuk memegang jawatan diperingkat cabang dan
pusat.
II I. UCAPAN PERASMIAN
TUAN FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK Selaku Wakil telah memberi ucapan yang
menyentuh perkara-perkara berikut:
i. Beliau menyeru semua anggota parti untuk bersatu dan bersama-sama berusaha kearah
penyatuan dan pembersihan parti menjelang PRU 15 nanti. Dalam keadaan negaara yang dilanda
covid-19 dan pengurusan ekonomi negara yang teruk, perpaduan antara anggota amat mustahak
bagi menentukan pemerintahan negara diterajui oleh Presiden Keadilan.
ii. Negeri Terengganu adalah di antara negeri yang bermasalah dengan kepimpinan Keadilan di
peringkat negeri, pemilihan pemimpin bagi 2022 amat berkesan bagi mengubah struktur
kepimpinanKeadilan di peringkat negeri selaras dengan matlamat perjuangan parti.
iii. Penjajaran bagi parti politik Pakatan harapan untuk bersatu menghadapi UMNO adalah gabungan
yang perlu diteliti semulamoleh pemimpin pusat dan apa yang perlu Keadilan perlu bergerak sendiri
demi perjuangan untuk rakyat.
iv. Kesimpulannya beliau menyeru kepada semua anggota parti Keadilan Cabang Besut bersatu dan
mematuhi kepimpinan disemua peringkat demi menjaga maruah perjuangan parti
7
PARTI KEADILAN RAKYAT -