Page 49 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 49
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan insiatif Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kemenjadian murid di sekolah
melalui kepimpinan yang berwawasan, guru yang kompeten serta komitmen
Komuniti luar. Namun, kajian lepas melaporkan peratusan komitmen Pemimpin dan
guru beberapa buah sekolah di Malaysia masih pada tahap sederhana. Salah satu
faktor penurunan komitmen Pemimpin dan guru berpunca daripada kepimpinan
yang lemah dalam kalangan pentadbir terhadap organisasi kepimpinannya.
Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mencari dapatan kajian amalan
TS25 dan hubungannya dengan amalan di beberapa buah sekolah di Sarawak
yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Teknik
persampelan rawak telah digunakan bagi memastikan kebarangkalian semua
responden terpilih sebagai sampel kajian tanpa bias. Soal selidik diedarkan di lima
buah sekolah yang mempunyai populasi guru seramai 22 orang. Skor min telah
digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan di antara amalan TS25 dan tahap
pelaksanaan TS25. Analisis menggunakan SPSS 22.0 menunjukkan item
kepimpinan adalah pada tahap sederhana (min = 1.71). Manakala item PdPc pada
tahap tinggi (min = 1.8). Justeru dapatan kajian awal ini wajar diperluaskan ke
sekolah rendah dan menengah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di
seluruh Sarawak bagi menguji keberkesanan Kepimpinan dalam kalangan
pentadbir sekolah untuk meningkatkan Program TS25 di Sarawak.
Kata kunci: Kepimpinan; Pentadbir sekolah; Amalan TS25
VPB02
PENILAIAN KURIKULUM MENGINTERGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT) BERDASARKAN MODEL DICK AND CAREY DI NEGERI
PERAK
MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia, 35900 Tanjung Malim, Perak
syaubari@fpm.upsi.edu.my
Matlamat pendidikan bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu, berakhlak,
berketrampilan, beramal dan berfikiran kreatif, kritis dan berkarisma. Lanjutan
daripada itu, pelaksanaan kurikulum yang berkualiti perlu dilaksanakan menerusi
pengintergrasian KBAT menerusi sumbangan ke arah mempertingkatkan
keupayaan kefahaman, penghayatan dan pengaplikasian. Bagi mencapai matlamat
tersebut, ianya banyak bergantung kepada kitaran pelaksanaan yang dilaksanakan
oleh guru-guru bagi memastikan keberkesanan kurikulum di dalam membangunkan
amalan PdP yang mengintergrasikan KBAT dengan berkesan. Sumber penentuan
kurikulum yang mengintergrasikan KBAT ini dapat dilihat menerusi panduan yang
telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian yang berbentuk
kajian secara analisis deskriptif ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
keberkesanan pelaksanaan kurikulum yang mengintergrasikan KBAT berasaskan
model Dick and Carey di Negeri Perak yang melibatkan 113 orang guru dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi memprolehi data kajian.
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran, guru-
guru di dalam mengintergrasikan KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan nilai
min melebihi 4.00. Untuk itu, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan di
45