Page 61 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 61
Kesimpulannya, melalui keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan
aplikasi TMK dalam kalangan siswa pendidik untuk kegunaan PdPc adalah baik.
Kata kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Institut Pendidikan Guru,
Praktikum, Siswa Pendidik
VPC: Bidang Pentaksiran Pendidikan
VPC01
MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI PENCAPAIAN IQRA DAN AL-QURAN
DALAM SUASANA PDPR DENGAN KAEDAH INTERVENSI BAGI
MENINGKATKAN PENCAPAIAN BACAAN MURID DI SEKOLAH
KEBANGSAAN NANGA TUTUS
MUHAMMAD AMIRUL IZWAN BIN HUSSIN
SK Nanga Tutus
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Blok 3, Lot
462, Brooke Drive, 96000 Sibu Sarawak
Amirulizwan1695@gmail.com
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)
merupakan pengalaman yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar
secara dalam talian. Keadaan infrastruktur serba kekurangan menjadi kekangan
penglibatan pelajar dalam kelas secara atas talian. Malahan, berlaku kemerosotan
pencapaian bacaan iqra dan al-Quran dalam kalangan pelajar tahun 1 dan 4.
Demikian itu, objektif kajian bagi meningkatkan tahap kualiti bacaan iqra dan al-
Quran dengan mengadakan program intervensi berfokus literasi al-Quran dan
memberi inisiatif kepada murid untuk meningkatkan tahap bacaan dengan guru
tasmik yang berbeza serta dapat meluangkan masa membaca al-Quran secara
maya. Hasil dapatan kajian dianalisis secara kualitatif, berdasarkan data
pemerhatian didapati segelintir pelajar tidak dapat melibatkan diri bagi meneruskan
pembelajaran atas talian. Malahan, kekurangan peranti dan masalah capaian
Internet semasa PdP secara atas talian terutamanya ketika PKP menjadi
penghalang penglibatan pelajar. Hasil intervensi menunjukkan peningkatan
penyertaan dan pencapaian murid dalam bacaan. Cadangan kajian tindakan
seterusnya adalah berkaitan isu tahap kemerosotan penguasaan ilmu tajwid
semasa membaca al-Quran dalam kalangan pelajar. Kajian perlu dijalankan
memandangkan pengajaran dan pembelajaran dijalakan secara tidak bersemuka
hanya ICT yang menjadi penghubungpembelajaran maya bagi meningkatkan
kebolehan pelajar dalam ilmu tajwid.
Kata kunci: Al-quran, Iqra’, Intervensi, PdPr, Tajwid.
VPC02
KEBOLEHLAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM TALIAN
BAGI KEMAHIRAN MEMBACA TINGKATAN 1 SMK ST. PATRICK, MUKAH
ANNATASHIA QACUELYNA BINTI RAUBI
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri Sarawak,
158-21-annatashia@epembelajaran.edu.my
57