Page 68 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 68
VPD07
PENGGUNAAN PADLET UNTUK MENGATASI MASALAH KURANG RESPON
MURID SEMASA KELAS REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN SATU
1
MUHAMMAD IZZAT FARIDUDDIN B OTHMAN ; BAITY BUJENG, PhD 2
1 2
SMK ST Columba(M), P.O.Box, 97, Jalan Dato Abang Indeh, 98009 Miri; Institut
Pendidikan Guru KampusSarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
1 178-21-izzat@epembelajaran.edu.my , baitybujeng@yahoo.com
2
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan peranan penting kepada
guru dan murid semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Namun
begitu, tidak semua murid terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menyebabkan guru terpaksa mencari kaedah lain untuk
memastikan setiap murid memberi respon yang sewajarnya semasa kelas
berlangsung. Kaedah alternatif digunakan untuk menarik minat murid memberi
respon semasa PdPr dengan menggunakan aplikasi Padlet dalam subjek Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi Tingkatan Satu. Kajian kes ini dijalankan untuk
mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet ke atas respon murid semasa
PdPr. Kajian ini melibatkan 6 orang murid tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah di bahagian Miri. Data kajian dikumpul dengan menggunakan
instrumen pemerhatian dan soal selidik. Data telah dianalisis dengan
menggunakan kadar peratusan secara keseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan aplikasi Padlet menyebabkan pembelajaran menjadi aktif
serta menyeronokkan dalam aktiviti pembelajaran. Implikasi kajian menunjukkan
penggunaan Padlet telah memberikan kesan yang lebih baik dalam proses PdPr
RBT tingkatan satu. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi teknologi dalam proses
PdPr dapat membantu aktiviti pembelajaran menjadi lebih aktif dan menarik
perhatian murid.
Kata kunci: Padlet, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Reka Bentuk dan
Teknologi, Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah
VPD08
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF MENGGUNAKAN
APLIKASI JAMBOARD DALAM MENYATAKAN PENDAPAT TENTANG BAHAN
RANGSANGAN
1
CARMELA EDWIN ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD 2
Institusi Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
1 2
carmelaedwin@gmail.com, magsmks@yahoo.com.my
Kajian ini dijalankan untuk membudayakan pembelajaran kolaboratif dalam
kalangan murid Tingkatan 5 SMK Bakun bagi menyatakan pendapat tentang bahan
rangsangan. Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah
temu bual dan hasil daripada temu bual ditranskripsikan. Temu bual yang
dijalankan berfokuskan kepada isu-isu tentang keadaan semasa PDPR yang
dilaksanakan di SMK Bakun mengikut pandangan lima orang responden.
Berdasarkan situasi semasa yang berlaku pada masa kini iaitu penularan wabak
Covid-19, sekolah tidak dapat beroperasi seperti yang sepatutnya. Keadaan ini
64