Page 2 - Kertas Kerja eSPeDIP2021-edited-converted
P. 2

1.0    PENGENALAN

                      Di dalam mendepani arus perubahan dalam dunia pendidikan yang semakin
                      mencabar,  guru  harus  menjadi  lebih  berdaya  maju  untuk  menambah  ilmu
                      pengetahuan  dan  berkembang  selaras dengan  perubahan  dunia pendidikan.
                      Gelombang  pandemik  Covid-19  telah  mengubah  struktur  dan  pendekatan
                      dunia  pendidikan.  Justeru,  pada  era  kini  guru  harus  menjadi  lebih  dinamik,
                      responsif  dan  boleh  menyesuaikan  diri  dengan  perubahan  dan  cabaran
                      semasa.

                      Kajian  dan  inovasi  dalam  Pendidikan  merupakan  salah  satu  cara  bagi  guru
                      untuk membuat refleksi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) agar sesuatu
                      isu  dalam  PdPc  itu  dapat  diberi  perhatian.  Amalan  menjalankan  kajian  dan
                      inovasi  dalam  pendidikan  akan  menjadikan  PdPc  lebih  bermakna  dan
                      berkualiti. Pendidik akan dapat mengenal pasti masalah dan sekaligus mencari
                      cara menangani masalah tersebut secara sistematik dan praktikal.


                      Menyedari  cabaran  dan  kepentingan  tersebut,  Koperasi  Institut  Pendidikan
                      Guru  Kampus  Sarawak,  bersama-sama  Jabatan  Perancangan,  Penyelidikan
                      dan  Inovasi,  Institut  Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak  (IPGKS)  dan
                      Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)  mengambil inisiatif menganjurkan  e-
                      Seminar  Penyelidikan  dan  Inovasi  dalam  Pendidikan  Peringkat  Kebangsaan
                      2021  (e-SPeDIP2021)  dengan  tema  Kelestarian  Penyelidikan  Pendidikan
                      Dan Inovasi Ke Arah Mendepani Revolusi Industri 4.0 Dalam Mendepani
                      Pandemik  Covid-19.  Justeru,  e-SPeDIP2021  akan  menjadi  satu  platform
                      perkongsian amalan kajian dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada
                      Pendidikan Negara.


                      Oleh  yang  demikian,  pendidik  dan  juga  bakal  guru  akan  dapat  didedahkan
                      dengan  pelbagai  ilmu  kajian  dan  inovasi.  Penyertaan  dari  siswa  guru,
                      pensyarah IPG dan pendidik dalam perkhidmatan menjadikan e-SPeDIP2021
                      sebagai  satu  platform  untuk  mengetahui  suasana  dan  cabaran  dalam  dunia
                      pendidikan  yang  semakin  berkembang maju  selaras  dengan  usaha  kerajaan
                      dalam  meningkatkan  kualiti  Pengajaran  dan  Pemudahcaraan  (PdPc)  bagi
                      meningkatkan  keperibadian  intelektual  murid  selaras  dengan  Falsafah
                      Pendidikan  Negara  dan  keperluan  peningkatan profesion  keguruan  berkualiti
                      yang disasarkan dalam PPPM.



                      2.0    MATLAMAT

                      Matlamat e-SPeDIP 2021 ini adalah untuk melahirkan guru yang bersedia dan
                      berupaya  menjalankan  kajian  dan  berkongsi  hasil  kajian  dalam  landasan
                      pembentangan  seminar  serta  mendedahkan  kepada  inovasi  yang  dapat
                      meningkatkan  minat  siswa  guru  ke  arah  pembudayaan  inovasi  dalam  bilik
   1   2   3   4   5   6   7