Page 106 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 106
Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.
1
8dysuzali@gmail.com
Negara kita sering menghadapi masalah banjir samada pada musim tengkujuh
atau ketika hujan lebat (banjir kilat). Tiada amaran awal diterima menandakan air
akan naik. Ini menyebabkan ada penghuni rumah sanggup berjaga malam ketika
hujan turun dikhuatiri air akan naik dan menengelamkan peralatan/perabot serta
peralatan elektrik didalam rumah. Jika banjir besar sehingga menengelamkan
rumah mungkin tiada apa yang boleh kita lakukan, tetapi jika air naik sehingga
paras separuh rumah mungkin banyak yang kita boleh selamatkan jika ada amaran
awal yang diberikan. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu sistem
penggera dan pemutus litar dua peringkat yang digabungkan dalam satu projek.
Penggera akan memberikan isyarat awal (bunyi) yang menandakan air naik pada
satu-satu paras yang telah kita laras (peringkat pertama). Peringkat pertama dilaras
air naik sebelum melepasi soket suiz iaitu kurang dari satu kaki. Pada peringkat ini
arus elektrik pada suis lampu masih dihidupkan dan arus elektrik di pada soket
rumah akan di matikan bagi mengelak berlakunya litar pintas pada peralatan
elektrik. Ia akan menyelamatkan peralatan elektrik tersebut dari rosak. Pada
peringkat ini juga penghuni rumah mempunyai masa untuk memindahkan barang-
barang yang perlu dan penting ke tempat lebih selamat. Pada peringkat kedua
pula, arus elektrik pada suis lampu akan dimatikan menandakan air semakin tinggi
dan penghuni rumah perlu segera keluar dari rumah mencari tempat yang lebih
selamat. Pada peringkat ini sensor akan dipasang pada ketinggian satu meter dari
lantai rumah. Smart switch ditambah pada sistem bagi membolehkan penghuni
rumah mematikan terus bekalan elektrik dari luar kawasan walaupun air banjir
masih belum naik.
Kata kunci: Banjir, Pemutus litar, Amaran awal, Dua Peringkat, Smart Switch
KA14
eSTORAZE (e-WAREHOUSE KOLEJ KOMUNITI JASIN)
1
2
NORASHIKIN HJ SAMURI CMILT , NUR HUSNA BT SAMSURI , ALYAA
AMALINA BINTI AHMAD KASIM 3
Kolej Komuniti Jasin,
KM 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka
1 2 3
rk.kk@kkjasin.edu.my, nurhusna@kkjs.edu.my, alyaaamalina5681@gmail.com
Pengurusan Operasi Gudang merupakan kursus bagi pelajar-pelajar Sijil
Perkhidmatan Logistik (SLK) semester 3. Memandangkan bidang SLK ini masih
baru, maka masih belum banyak bahan rujukan serta panduan bagi memudahkan
urusan pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar. Sebagai pensyarah, kami
cuba mencari idea dan alternatif untuk memberi gambaran yang lebih jelas
mengenai proses yang terlibat di dalam pergudangan. Memandangkan situasi
semasa disebabkan oleh pandemik Covid-19, lawatan industri merupakan satu-
satunya kaedah yang agak mustahil untuk dijalankan. Selari dengan usaha
kerajaan dalam menuju kearah IR 4.0, sistem e-Storaze (e-warehouse Kolej
Komuniti Jasin) ini membantu pelajar membuat eksplorasi yang lebih meluas dalam
bidang logistik secara maya. e-Storaze ini mengandungi maklumat, operasi serta
urusniaga yang berlaku di gudang. Sistem ini memaparkan proses yang dijalankan
102