Page 229 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 229
Cahaya adalah topik yang sangat penting dalam Tema Sains Fizikal Tahun 2 dan
Tahun 4. Namun, murid menghadapi masalah dalam memahami konsep Kejelasan,
saiz bayang-bayang dan bentuk bayang-bayang yang terhasil. Murid juga
menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati saiz bayang-bayang yang
bergantung kepada jarak objek dari sumber cahaya dan jarak objek dari skrin.
Manakala bentuk bayang-bayang bergantung pada orientasi objek dan kedudukan
sumber cahaya. Bagi murid tahap 1, iaitu Tahun 2, pemahaman konsep kejelasan
bayang-bayang yang kukuh, memudahkan mereka untuk mendalami topik bayang-
bayang semasa di Tahun 5. Di samping itu, pemasangan kelengkapan untuk
melakukan ekperimen mengambil masa dan sukar dilakukan di luar bilik sains
kerana peralatan yang tidak mencukupi. Melalui permasalahan yang dikenalpasti
maka terhasil lah SOW-KIT. Inovasi SOW-Kit dihasilkan adalah untuk meningkatan
pemahaman murid tentang bayang-bayang yang terhasil dalam pelbagai saiz,
bentuk dankejelasan dengan mudah, cepat dan menarik. Metodologi Kajian yang
digunakan adalah melalui temu bual bersama guru-guru, murid-murid dan hasil
kerja murid. Kajian soal selidik telah dijalankan untuk melihat pemahaman dan
minat murid terhadap tajuk pembentukan bayang-bayang. Murid menunjukkan
minat dan seronok menggunakan SOW-Kit dalam proses pembelajaran. Manakala,
guru lebih mudah untuk menerangkan konsep pembentukan bayang-bayang
melalui aktiviti hands on. SOW-Kit juga mudah dibawa ke dalam kelas kerana ianya
ringan dan saiz yang sesuai untuk kendalikan oleh murid tahap 1dan tahap 2.
Kata kunci: Kejayaan Hasil dari Usaha
KC59
TOPTAMTO(TANGGA OPERASI TAMBAH TOLAK)
NOORASMAHHAYATI BINTI SAMAT
SK Merpati Jepang
Jalan Patinggi Ali, 93400, Kuching, Sarawak
g-34285591@moe-dl.edu.my, mssimplemind@gmail.com
Konsep tambah dan tolak merupakan kemahiran asas yang penting dalam mata
pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah.
Namun begitu murid sering menghadapi masalah dan tidak memahami bagaimana
proses penambahan dan penolakan berlaku terutamanya yang melibatkan proses
pengumpulan semula dan nilai tempat. Justeru itu, TomTamTo dihasilkan untuk
membantu meningkatkan kemahiran matematik dibawah subtopik operasi nombor
untuk murid tahun 1. Murid-murid tahun 1 kebanyakannya sukar untuk memahami
konsep operasi nombor bagi konsep tambah dan tolak. TopTamto terbukti dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 1 dalam operasi nombor. Responden
melibatkan murid tahun 1 dan murid tahun 2 SK Merpati Jepang, Kuching,
Sarawak. Instrumen kajian meliputi pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pasca.
Hasil analisis data statistik mendapati bahawa hampir ke semua responden
menunjukkan peningkatan markah yang amat memberansangkan. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan TopTamTo ini sangat berkesan dalam membantu murid
memahami dan menyelesaikan soalan tambah dan tolak dan sekaligus menanam
minat serta keyakinan murid dalam mempelajari mata pelajaran Matematik.
TomTamto dihasilkan dalam dua versi iaitu versi asas dan versi kombo. Versi
kombo disertakan dengan set permainan dan pendekatan belajar melalui bermain
ini mendatangkan rasa keseronokan dan kepuasan kepada murid-murid dalam
225