Page 4 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 4
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera
Syukur ke Hadirat Allah SWT diatas segala Limpah dan KurniaNya, e-SPeDIP2021 dapat
dilaksanakan pada tahun ini. Dalam suasana Pandemik Covid-19 yang masih berpanjangan,
dan Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, saya berasa amat terharu kerana Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri dapat mengadakan e-Seminar Penyelidikan dan
Inovasi dalam Pendidikan (e-SPeDIP 2021). Penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang
bekerja keras dalam memastikan pengendalian yang efektif.
e-SPeDIP2021 pada kali ini bertemakan “Kelestarian Penyelidikan Pendidikan dan
Inovasi Ke Arah Revolusi Industri 4.0 dalam Mendepani Covid-19”. Cabaran Pendidikan
di situasi ini banyak memberikan cabaran dan pengalaman baru kepada pendidik.
Terutamanya dari segi cabaran dan pelaksanaan PdPR. Justeru itu, dengan adanya e-
Seminar sebegini, perkongsian ilmu dan idea baru dapat dipertingkatkan dan seterusnya
memberi nilai tambah kepada semua. Antara objektif e-SPeDIP2021 ini juga adalah bagi
menyemarakkan pembudayaan kajian dan inovasi di kalangan pendidik terutamanya siswa
guru. Harapan saya agar melalui e-SPeDIP2021 ini, para siswa guru akan menyedari
kepentingan kajian dan penyelidikan dalam profesion mereka.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Kerajaan Negeri Sarawak, yang sentiasa memberi sokongan yang padu kepada kami. Begitu
juga dengan sokongan Sarawak Energy, Baitulmal Sarawak dan Permodalan Nasional
Berhad atas sokongan yang telah diberikan kepada penganjuran e-SPeDIP2021. Sekalung
penghargaan juga kepada pembentang kertas kajian, peserta inovasi dan peserta yang
sentiasa menyokong penganjuran ini. Semoga e-SPeDIP2021 ini, dapat memberi
pengalaman dan ilmu baharu agar dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pihak.
Sesungguhnya seminar ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama, sokongan serta bantuan
daripada semua pihak. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
Dr NORSARIHAN BIN AHMAD
Ketua Jabatan
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Sarawak, Miri
iii