Page 76 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 76
ini seharusnya diperhalusi dan diaplikasikan juga secara meluas sebagai
contohnya dalam konteks berkaitan pemahaman.
Kata kunci: Peta I-Think, 5W1H, gandingan, metodologi
VPE06
ANALISIS KESESUAIAN LAGU PUISI “TETAMU SENJA” DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA
MELAYU TAHUN 4
MAZURA BINTI SULAIMAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990, Kuala Lumpur
mazura_sulaiman@ipgkbm.edu.my
Titik pertemuan antara bahasa dan sastera adalah sifat sastera itu sendiri yang
memerlukan bahasa sebagai wahana komunikasi. Justeru penggunaan bahan
sastera dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dalam bahasa
Melayu amat tepat sekali. Lagu puisi adalah genre lagu yang mempunyai ciri dan
nilai tersendiri dan berbeza dengan genre lagu lain. Lagu puisi menggunakan puisi
atau sajak (puisi moden) sebagai lirik dan dasar ciptaannya. Kertas kerja ini akan
membincangkan kajian berkaitan kesesuaian lagu puisi bertajuk “Tetamu Senja”
oleh kumpulan Harmoni dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
berbahasa bahasa Melayu tahun 4. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis
dokumen dan cadangan aktiviti untuk memenuhi kajian ini. Dokumen yang menjadi
sandaran utama kajian ini ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 (semakan). Dapatan kajian jelas menunjukkan
lagu pusi ini dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti bagi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran bahasa mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis seperti yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu tahun
4. Dengan aplikasi didik hibur serta kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai pastinya
lagu puisi dapat digunakan dengan semaksimum mungkin dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran bahasa Melayu.
Kata kunci: bahan sastera, lagu puisi, kemahiran bahasa, bahasa Melayu
VPE07
PENGGUNAAN APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
1
LINDA ANAK DANA ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
2
1
linda_dana@rocketmail.com, magsmk@yahoo.com.my
Kaedah konvensional iaitu kaedah “chalk-and-talk” yang digunakan di dalam kelas
bagi proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar berasa bosan dan
kurang berminat untuk belajar atas alasan kaedah penyampaian yang digunakan
oleh guru kurang menarik. Justeru itu, penggunaan aplikasi Padlet menjadi salah
satu alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dilaksanakan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keupayaan guru
72