Page 82 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 82
VPE15
MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SIFAT MURID TAHUN 4 MELALUI KIT
MONSTER
MUHAMAD HAKIM BIN AZAMAN@AZMAN
SK Kuala Kubu Bharu
44000, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
g-73325439@moe-dl.edu.my
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kata sifat melalui Kit Monster. Kit Monster merupakan satu kit pengajaran dan
pembelajaran yang dihasilkan untuk membantu murid menguasai kata sifat.
Berdasarkan pemerhatian terhadap latihan dan aktiviti yang dilakukan oleh murid
tahun 4 SK Kuala Kubu Bharu dalam menjawab soalan kata sifat mendapati murid-
murid mempunyai masalah untuk meletakkan kata sifat bagi menjelaskan kata
nama yang telah murid pelajari. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan sejak bulan
Januari hingga bulan April dari peringkat mengenal pasti masalah sehingga
pengujian kit Monster semasa PdPC mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian
yang meilbatkan 10 orang murid tahun 4 mendapati kit ini dapat meningkatkan
kreativiti murid dalam mengenali dan meneroka kata sifat berdasarkan idea dan
olahan imaginasi kit Monster yang mereka hasilkan. Malahan Kit Monster ini turut
menerapkan pengamalan pembelajaran berpusatkan murid. Hasil dapatan
daripada ujian-pra dan ujian pasca, temu bual terbuka, dan analisis dokumen yang
dijalankan dalam kalangan murid Tahun 4 menunjukkan peningkatan terhadap
penguasaan kata sifat selepas intervensi kit Monster dijalankan. Murid-murid juga
dapat memahami kata sifat melalui bahan pembelajaran maujud yang interaktif dan
merangsang deria kanak-kanak. Hasil pembelajaran mereka juga menunjukkan
kepelbagaian idea seni dalam bahasa yang kreatif dan inovatif. Kit Monster ini juga
telah disebarluaskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan
Bahasa Cina untuk meningkatkan penguasaan kata sifat.
Kata kunci: Kit Monster, Kata Sifat, Pembelajaran Berasaskan Projek, Seni
Bahasa, Bahan Maujud
VPE16:
小 学 第 一 学 段 华 文 “ 读 → 画 → 说 → 写 ” 绘 本 写 话 教 学 模 式 初 探
(TINJAUAN MODEL “MEMBACA→MELUKIS→BERTUTUR→MENULIS”
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENULISAN AYAT
BERBANTUKAN BUKU CERITA BERGAMBAR BAGI BAHASA CINA
TAHAP SATU)
1
2
蔡玉桂 CHUA GEOK KWEE , 李朝祥 LEE TIEW SIONG
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri.
1 2
cgk1228@yahoo.com, leets2195@yahoo.com.my
写 话 是 目 前 小 学 第 一 学 段 华 文 教 学 中 的 难 点。教 师 一 般 会 采 用 教 育 部 建 议 的 教 材 来
进 行 教 学,教 材 内 容 虽 然 生 活 化,但 是 缺 乏 趣 味 性 , 较 难 激 发 学 生 写 话 的 欲 望 , 内 容 千
篇 一 律 , 无 法 做 到 我 手 写 我 心。因 此,笔 者 将 在 本 文 先 分 析 绘 本 与 写 话 结 合 的 优 势,绘
78