Page 88 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 88
Kata kunci: Teknik Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP), Aktiviti Menanam
Kacang Hijau Tingkatkan pengusaan dan kemahiran bahasa,
komunikasi
VPG04
AMALAN PEDAGOGI RESPONSIF BUDAYA DAN PENDIDIKAN
KEAMANAN DI TABIKA PERPADUAN: TINJAUAN AWAL
2
1
AISHAH ABDUL MALEK ; MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN, PhD ;
MUHAMMAD ASYRAF MANSOR 3
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya;
2,3 Pusat Kelestarian dan Komuniti Universiti Malaya (UMCares)
1 2
aishahumayraa21@gmail.com, mohdnazri_ar@um.edu.my
Pendidikan keamanan merujuk kepada usaha mendidik generasi hari ini ke arah
keamanan dengan mengekalkan nilai perpaduan tanpa mengira ras, bangsa,
agama dan nilai budaya. Manakala pedagogi responsif budaya merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya
setempat dalam menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan
tingkah laku pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pedagogi responsif
budaya dan pendidikan keamanan di tabika Perpaduan dalam usaha meningkatkan
integrasi kaum di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ke atas kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan
data menggunakan kaedah temubual dan ‘fokus group discussion’ serta
pemerhatian terhadap guru dan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan amalan
pedagogi responsif budaya dilaksanakan mengikut kreativiti guru dalam
penyampaian pembelajaran serta mempromosikan perpaduan dan keamanan
antara kaum di Malaysia. Dapatan kajian ini mencadangkan amalan pedagogi
responsif budaya dan pendidikan keamanan diaplikasikan secara kreatif oleh guru
dengan merentasi kurikulum khususnya kepada kanak-kanak berkepelbagaian
budaya bagi meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan. Implikasi kajian
menunjukkan bahawa amalan pedagogi responsif budaya dan pendidikan
keamanan memberi nilai tambah kepada pembentukan nilai, jati diri dan
perwatakan diri kanak-kanak dalam persekitaran dunia hari ini.
Kata kunci: Pendidikan Keamanan, pedagogi responsif budaya, Pendidikan Awal
Kanak-kanak
VPG05
RESTROSPEKTIF GURU TERHADAP KESESUAIAN CERITA ANIMASI OMAR
DAN HANA SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH
1
JOHANA ABDUL HADI , MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN 2
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya
2
mohdnazri_ar@um.edu.my
84