Page 30 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 30

7.3.1  Usul  MPSM Pulau Pinang yang pertama  mencadangkanPengetua tidak lagi diwajibkan
                                            mengajar mata pelajaran sekurang2nya 7 waktu seminggu kerana Pengetua  perlu terlibat
                                            dalam penyeliaan PdPc guru-guru dan penilaian PBPPP serta kerja pentadbiran yang lain.
                                            Jawapan: Usul telah dibawa ke Pengurusan Tertinggi KPM dan ditolak.

                                 7.3.2  Usul  MPSM Pulau Pinang yang kedua mencadangkan gred jawatan Pengetua di sekolah
                                            menengah dinaikkan  ke gred hakiki DG56.
                                            Jawapan: Telah di bawa ke dalam mesyuarat Kesatuan BPSM  Pendidikan Malaysia  dan
                                            dalam  proses   perbincangan.

                                  7.3.3  Usul  MPSM Pulau Pinang yang ketiga mencadangkan agar semua jawatan di KPM
                                             diwajibkan  menyandang jawatan Pengetua sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun
                                             sebelum dinaikkan  ke gred jawatan pentadbiran yang lain.
                                             Jawapan: Usul diiterima  dengan pindaan.

                                   7.3.4  Usul  MPSM Pulau Pinang yang keempat memohon KPM menilai semula jenis-jenis
                                              pertandingan yang dibenarkan untuk disertai oleh murid yang boleh mendatangkan
                                              kecederaan fizikal atau kesihatan dalaman seperti muay thai.
                                              Jawapan: Usul diterima tanpa dibahas.

                                    7.3.5  Usul  MPSM Pulau Pinang yang kelima mencadangkan pihak kerajaan mengganti
                                               bayaran sewa kantin sekolah yang telah dikecualikan kepada pengusaha.
                                               Jawapan: Usul ditolak.

                                    7.3.6.  Usul  MPSM Pulau Pinang yang keenam semua pengetua berasrama diberi elaun khas.
                                                Jawapan: Usul ditolak.

                                   7.3.7.   Usul  MPSM Kelantan pertama,  mencadangkan mencukupkan guru Bahasa Inggeris di
                                                 Kelantan.
                                                 Jawapan: Usul diterima dengan pindaan diseluruh negara.

                                   7.3.8.   Usul  MPSM Kelantan kedua, semua pengetua dibekalkan Kad kenal Diri Pengetua yang
                                                 berkualiti dan seragam seluruh negara yang dipakai sepanjang bertugas.
                                                 Jawapan: Perkara ini di uruskan oleh MPSM Kebangsaan.

                                   7.3.9.   Usul  MPSM Selangor pertama, mencadangkan supaya KPM khususnya BLTV  untuk
                                                 melihat semula program PIMA (Program Industri Menengah Atas) kerana program ini
                                                 sangat baik dan memberi manfaat kepada pelajar khususnya kepada pelajar luar Bandar
                                                 dan golongan B40.Mohon BLTV membuat jerayawara kepada pengetua-pengetua
                                                 sekolah yang melaksanakan program ini.
                                                 Jawapan: Usul diterima.

                                   7.3.10. Usul  MPSM Selangor kedua, mencadangkan agar mewujudkan DG56 khas untuk
                                                 jawatan  pengetua.
                                                 Jawapan: Usul diterima dengan pindaan agar jawatan Pengetua berada gred DG54
                                                 hakiki dan gred DG56 KUP selepas 3 tahun berada di gred DG54.

                                   7.3.11.  Usul  MPSM Negeri Sembilan mencadangkan agar pelaksanaan SPM dibuat dalam
                                                  Sistem  semester bermula daripada Tingkatan 4. Hal ini kerana apa-apa yang dilalui oleh
                                                  calon SPM sedia  ada adalah sangat membebankan dengan mempelajari isi pelajaran
                                                                                                           25
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35