Page 6 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 6
Rujukan Kami : MPSM/SU/08/01/002/Jld.6(15 )
Tarikh : 21 Ogos 2023
NOTIS PEMBERITAHUAN
Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kali Ke-2 Tahun 2023
Semua Pengetua Sekolah Menengah Malaysia
Tuan,
NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG MPSM KALI Ke-2 TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung MPSM Kali Ke-2 Tahun 2023 akan diadakan
seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24 September 2023 (Ahad)
Tempat: Grand Ballroom
KSL Hotel dan Resorts, Johor Bahru, City Centre
Masa: 9.30 malam hingga 11.00 malam
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
i. Ucapan Pemangku Presiden
ii. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung MPSM kali ke-1
iii. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti MPSM Kebangsaan dan Negeri
Tahun 2022/2023
iv. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan yang Berakhir
pada 31 Disember 2022
v. Membahas Usul-usul
vi. Ucapan penangguhan
4. Keprihatinan dan kerjasama tuan-puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung tersebut
amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(YM RAJA NORAZAM BINTI RAJA SALLEH)
Setiausaha Agung MPSM
s.k 1. Pemangku Presiden MPSM Kebangsaan Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
2. YDP MPSM Johor, Tuan Haji Azman bin Shahadan
3