Page 96 - Mesyuarat Agung 2 2023
P. 96
2. Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab memerlukan waktu yang panjang
dan lebih lama untuk di selesaikan dalam tempoh masa tugasan harian.
3. Pentingnya Pengetua menjadi pemimpin Instruksional dengan
berpengalaman luas dalam pedagogi dan kurikulum.
4. Masa mengajar wajib kami sering kali tidak dapat dipenuhi atas
pertembungan tugas dan tanggungjwab sama ada peringkat sekolah, PPD,
JPN dan KPM.
5. Jika pengetua tidak mengajar maka pelantikan pengetua boleh diisi oleh
Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Justeru, Kami mengusulkan:
1. Para pengetua dikecualikan daripada mengajar wajib dan dibenarkan
membuat pilihan sama ada mengajar atau pun tidak.
2. Kriteria wajib pemilihan pengetua perlulah mempunyai sijil iktisas atau
diploma atau Ijazah pendidikan serta Lulus Kursus NPQEL/NPQH
3. Kriteria utama pemilihan pengetua perlulah terdiri daripada calon-calon
yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah sekurang-
kurangnya 10 hingga 15 tahun bagi mengupayakan pengetua sebagai
pemimpin Instruksional.
Sekian, saya mohon mencadang.
4 Pembawa Usul : MPSM Selangor
Usul Pengurusan dan Pentadbiran :
1. Mewujudkan satu penilaian prestasi yang berasingan untuk Pengetua gred
DG52 hakiki di mana ia tidak digabungkan dengan jawatan lain di JPN atau
KPM. Bertujuan memberi penghargaan atas kerja buat Pengetua dalam
membangun dan mengurus sekolah yang sememangnya terdedah dengan
pelbagai isu semasa dan melayan isu komuniti setempat.
2. Lantikan Ketua Jabatan di Kolej Tingkatan Enam dilaksanakan sama
seperti lantikan Guru Kanan Mata Pelajaran di aliran Perdana dan dibayar
Elaun Tanggungjawab sama seperti rakan di sekolah Gred A.
3. Di sekolah rendah, KPM dicadangkan berkolaborasi dengan KKM utk
melatih kelompok guru yang diberi sijil bagi mengesan murid2 yang ada