Page 3 - BUKUPROGRAM kemaskini S
P. 3

Harapan saya semoga showcase yang diadakan ini dapat membakar semangat tuan-tuan dan puan-
            puan untuk mengintegrasikan hasil positif dan mengadaptasi penemuan terbaharu dalam KPPB

            dan memantapkan sistem pendidikan negara. Di samping itu, semoga manfaat yang diperoleh

            melalui  penganjuran  showcase  ini  memberi  menafaat  dan  impak  yang  tinggi  kepada
            kelangsungan  akademik  di  IPGKSAH  ini.  Sesungguhnya,  seluruh  anggota  masyarakat

            meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa dididik sehabis
            baik agar generasi sekarang diberi pengisian ilmu dan kemahiran sebagai pewaris kepemimpinan

            negara


            Saya  merakamkan  ucapan  ribuan  terima  kasih  dan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada

            Jawatankuasa Pengelola dan semua pihak yang bertungkus-lumus bagi merealisasikan showcase
            Peringkat IPG KSAH 2021. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak di IPGKSAH mampu

            melonjakkan  organisasi  ke  tahap  yang  cemerlang  selaras  dengan  konsep  ITQAN  yang  telah
            diperkenalkan sejak  dua tahun lepas. Saya yakin dan percaya bahawa segala usaha dan kerjasama

            erat ini akan memberi impak besar terhadap citra Institut Pendidikan Guru Malaysia. Teruskan

            tradisi gemilang Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan
            akan  terus  cemerlang  dan  berjaya  dalam  kerjaya  masing-masing..  Merekalah  yang  berada  di

            tampuk kepemimpinan pada semua peringkat untuk memastikan bidang pendidikan khususnya
            dan negara umumnya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.


            Sekian,
            Wabillahi Taufik Wal-hidayah,
            Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




            YBRS. DR. HJ. RIDZUAN BIN AHMAD
            PENGARAH
            IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM



                                                           3
   1   2   3   4   5   6   7   8