Page 18 - bulletin versi 1
P. 18
Larian Bendang Santai Slim & Fit
Larian santai merupakan salah satu aktiviti yg
dianjurkan kepada peserta-peserta slim & fit
yang di anjurkan oleh Team Slim & Fit HTAJ,
bagi menggalakan peserta melakukan aktiviti
fizikal secara aktif dan sihat sempena hari 1
Malaysia
16/9/2023 Parit 6 Barat Sg besar Team Slim & Fit HTAJ
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pada 22 Feb 2023, satu lawatan ke pusat pendobian dan
pelupusan sisa klinikal Radicare (M) Sdn Bhd di Teluk
Panglima Garang, Selangor telah diadakan. Rombongan
seramai 24 orang peserta ini terdiri daripada Pengarah
Hospital, pengurusan, ketua unit, pegawai liaison dan staf
sokongan HTAJ. Peserta telah diberi peluang untuk meninjau
sendiri proses pengurusan linen yang bermula dari
penerimaan linen kotor, pencucian sehingga penghantaran
kepada pengguna di hospital. Selain itu, peserta turut diberi
pendedahan tentang kaedah pengurusan pelupusan sisa
klinikal yang dilakukan oleh pihak syarikat konsesi dalam
memastikan pengoperasian hospital sentiasa berada pada
tahap yang optimum.
- 18 -