Page 10 - konvo ebook 1
P. 10
Sejarah Misdec
Pengenalan Misdec
Penubuhan MISDEC ini merupakan kerjasama
pelbagai organisasi seperti Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri Melaka, sektor industri, pelbagai
agensi kerajaan negeri Melaka serta institusi-institusi
latihan teknikal dan vokasional seperti Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM), Institut Latihan Perindustrian (ILP),
dan Institusi Kemahiran MARA (IKM). Penjenamaan semula
MISDEC merupakan suatu usaha murni pelbagai pihak yang
dilaksanakan untuk menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri Melaka, bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja
mahir dan sumber manusia yang berkemahiran tinggi, cekap, serta bersedia untuk
memenuhi keperluan industri negara. Sepanjang 28 tahun penubuhan, MISDEC
telah berjaya menawarkan pelbagai kursus dan program dengan nilai kebolehpasaran graduan
yang tinggi. Penawaran kursus dan program sedia ada di MISDEC dibahagikan kepada dua
taraf kelayakan, iaitu Workforce Transformation Technical Program (WTTP) yang
mengutamakan pelajar lepasan sekolah, dan Industrial Skills
Enhancement Programme (INSEP) yang lebih mengutamakan
para lepasan siswazah. Di samping kursus sepenuh masa,
MISDEC juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek yang terdiri
daripada program pembangunan soft skill dan kemahiran teknikal. Kursus-kursus
pengajian yang ditawarkan mendapat bantuan dan tajaan daripada pelbagai
agensi terutamanya Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN),Perbadanan
Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK), dan Halal Development Corporation Berhad (HDC).
Resilience of