Page 2 - konvo ebook 1
P. 2
Konvokesyen
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Sekalung ucapan tahniah
kepada semua pihak dan seluruh warga kerja MISDEC yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
merealisasikan Majlis Konvoksyen MISDEC yang bermakna ini bagi meraikan kejayaan para graduan,
para pendidik serta pengorbanan ibu bapa yang telah membentuk insan intelek masa depan yang
murni sahsiahnya. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya
mengikuti dan menamatkan pengajian mereka di dalam bidang masing-masing di MISDEC. Kejayaan
yang diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang pekerjaan, tetapi juga dapat disumbang semula
kepada masyarakat sekeliling. Ini bagi memastikan graduan MISDEC yang dilahirkan bersifat holistik
dan seimbang dengan menerapkan kemahiran abad ke-21. Revolusi Industri 4.0 di Malaysia merupakan
pemangkin dalam melahirkan seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin mencabar,
MISDEC untuk melahirkan graduan yang seimbang, kompeten dan berdaya saing di pasaran pekerjaan.
Dalam merealisasikan harapan ini, pelbagai kerjasama strategik dan kolaborasi bersama industri telah
dijalinkan bagi memastikan graduan mempunyai kualiti dan memenuhi kehendak majikan dan industri.
Hal ini penting bagi meningkatkan kesediaan para pelatih MISDEC untuk berkhidmat di dalam pelbagai
bidang industri yang mereka bakal tempuhi. Kepada semua graduan, hari penganugerahan ini pasti
akan dikenang selamanya. Tapi janganlah ia sekadar dikenang. Jadikan ia satu faktor untuk memberi sumbangan
sebanyaknya kepada keluarga, kepada bangsa dan kepada tanah air.
Besar harapan saya agar para graduan menggunakan kemahiran yang dipelajari
untuk terus kompetitif dalam bidang kerjaya mahupun bidang pendidikan.
Jadilah warga yang berguna pada watan hendaknya. Saya mendoakan para
graduan yang diraikan beroleh pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran
dan ilmu yang dipelajari. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua graduan.
Sekian, terima kasih.
Pengarah Eksekutif
HAIQAL SYUKRI
Resilience of