Page 13 - portfolio pedagogi
P. 13
Visi UTHM
Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan, sains dan teknologi untuk
pembangunan lestari
Misi UTHM
UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan
industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan
paradigma tauhid
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka
, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka
untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya,kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya.
A. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam
12 | P a g e