Page 353 - Z-009-1-2017
P. 353
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015–M02/P(2/3) Muka Surat / Page :
Drpd / of : 8
seseorang pekerja yang mempamerkan tingkah laku tidak menentu atau
berbahaya boleh menyebabkan tragedi; Mengabaikan orang yang menyemai
perpecahan akan menurunkan moral pekerja dan boleh mengurangkan
produktiviti di masa akan dating.
ii) Dengan sentiasa mematuhi disiplin tempat kerja, ia akan mengukuhkan
peraturan yang telah anda jalin untuk diikuti secara konsisten dan menggalakkan
semangat pekerja lain. Apabila peraturan tempat kerja jelas, boleh diaplikasikan
kepada semua orang dan apabila dikuatkuasakan secara konsisten, pekerja
akan tahu kedudukan mereka dan bagaimana mereka patut menjaga kelakuan
untuk mematuhinya .Mereka lebih cenderung untuk menghormati peraturan
tempat kerja apabila mereka mengetahui peraturan tersebut akan
dikuatkuasakan, sekali gus mengurangkan kemungkinan bahawa tindakan
disiplin diperlukan pada masa akan datang.
2 Tugas dan Tanggung jawab
2.1 Bagi memastikan mengurus kakitangan anda dengan berkesan, adalah
penting anda menyediakan definisi yang jelas dan memahami peranan, fungsi,
tanggungjawab mereka serta jadual di tempat kerja. Ini akan memberikan
mereka pemahaman yang baik mengenai kerja dan tugas-tugas yang mereka
mesti laksanakan sebagai seorang individu dan dalam mana-mana
pasukan/kumpulan yang mereka sertap..Ia juga menyediakan maklumat
mengenai kedudukan yang sesuai dalam organisasi dan kepada siapa dia mesti
melapurkan diri, ini dapat membantu untuk mengelakkan pertikaian dan salah
faham tentang kuasa.
2.2 Apabila menetapkan peranan dan tanggungjawab di tempat kerja, anda
mungkin perlu membuat senarai semua kakitangan dan senaraikan semua tugas
dan peranan dalam perniagaan anda. .Anda kemudiannya boleh menetapkan
peranan kepada setiap anggota kakitangan atau kumpulan kakitangan.Ia adalah
penting untuk kekalkan fleksibel dan kesediaan bagi mengubah suai rancangan
anda dan berunding dengan pekerja anda.
20