Page 3 - Innotex
P. 3

10.       Bilik Panggilan
                       Pengurus  pasukan  perlu  memastikan  semua  atlet  melaporkan  diri  ke  bilik  panggilan  seperti
                       berikut:
                       10.1   Acara trek           :       30 minit sebelum acara dimulakan
                       10.2   Acara padang         :       45 minit sebelum acara dimulakan
                       10.3   Acara lombol bergalah  :     1 jam sebelum acara dimulakan
                       Hebahan / panggilan TIDAK akan dibuat untuk proses melaporkan diri dan pihak pengelola
                       tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta dibatalkan akibat KEGAGALAN melaporkan diri
                       di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

               11.     Pendaftaran Penyertaan
                       Pendaftaran  penyertaan  hendaklah  dibuat  secara  atas  talian  menggunakan  pautan  di  bawah
                       bermula  17  September  2019  sehingga  30  Oktober  2019  (pendaftaran  awal).  Sekiranya
                       pendaftaran  dibuat  selepas  31  Oktober  hingga  8  November  2019,  ia  dianggap  sebagai
                       pendaftaran lewat. Pendaftaran penyertaan akan ditutup pada 11.59 malam, 8 November 2019.
                       Pada 13 November, buku pertandingan akan dimuatnaik ke laman sesawang rasmi kejohanan
                       dan semua pengurus pasukan perlu memuatturun dan mencetak buku pertandingan sendiri.

                       http://bjss.innotex.com.my/

               12.     Kaedah bayaran yuran penyertaan
                       12.1   Bayaran melalui deposit tunai / pindahan bank.

                       Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat terus ke akaun:

                       Innotex Sports Management
                       8600033199
                       CIMB bank

                       Pendaftaran dianggap sebagai terbatal sekiranya bayaran TIDAK dibuat di dalam tempoh masa
                       pendaftaran  dibuka  dan  resit  bayaran  perlulah  di  muat  naik  ke  laman  sesawang  rasmi
                       pertandingan sebagai bukti pembayaran telah dilakukan.

               13.     Bantahan Rasmi
                       Bantahan rasmi hendaklah dibuat  dalam tempoh 30 minit selepas keputusan tidak rasmi
                              dikeluarkan beserta wang sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Wang
                       tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan rasmi diterima.

               14.     Tarikh Tutup
                         08 November 2019 (Jumaat) jam 11.59 malam.

               15.     Had minima penyertaan
                       Acara-acara yang kurang  dari tiga (3) penyertaan akan dibatalkan.
   1   2   3   4   5   6