Page 2 - Buku Program LittleHajj 2019
P. 2
SELAYANG PANDANG
Program Simulasi Manasik Haji Little Hajj 2019 bagi tahun ke-4
sejak 2016 kini kembali lagi. Objektif utama Little Hajj bagi
memperkasakan syiar Ibadah Fardhu Haji dengan praktikal yang
jelas kepada murid-murid berusia 6 tahun menerusi kaedah
pembelajaran secara simulasi dan pendekatan metadologi Project
Based Learning (PBL) hands-on The Little Caliphs® Program.
Penyertaan Zon Sentral iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
melibatkan seramai 6,211 orang murid-murid manakala 692 orang
guru-guru Tadika Little Caliphs® bertugas sebagai tenaga
Mutawwif. Jumlah keseluruhan murid-murid seramai 11,457
orang murid-murid dengan penganjuran secara serentak di
seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Little Caliphs® sentiasa menyediakan ruang dan peluang yang luas
untuk anak-anak mempelajari
sesuatu ilmu baharu yang
bermanfaat dengan cara dan
kaedah yang berbeza selari dengan
zaman kanak-kanak yang sentiasa
aktif dan ceria.
4 th YEAR!
established since 2016