Page 123 - sejarah spm 2018 nota
P. 123
LATAR BELAKANG INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (akta Malaysia)***** 2018
1. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
2. Sepanjang bulan Ogos 1963 berlaku beberapa peristiwa penting ke arah merealisasikan penubuhan
Malaysia.
3. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen Britain.
4. Ini disusuli dengan kelulusan Perjaniian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan
Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.
5. Seterusnya pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia.
6. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Akta Malaysia .
Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan Negeri-negeri berkenaan dan seterusnya dinamai
Malaysia.
INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (akta Malaysia)***** 2018
1. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan
ke dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Antaranya, semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
3. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas
diamalkan.
4. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
digunakan.
5. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia.
6. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
7. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi
perwakilan parlimen.
8. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
PersekutuanTanah Melayu.
123