Page 87 - sejarah spm 2018 nota
P. 87
Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah
membunuh Nguyen Thai Hoc.
Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali
bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah
baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
h) Perkembangan Nasionalisme di Burma
Tahap pertama
Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit
bependidikan Barat.
Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun
1906.
Penubuhan ini bertujuan untuk:-
mengekalkan tradisi Buddha
memajukan pendidikan rakyat Burma.
Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat
nasionalisme rakyat
Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih
radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am
Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.
Tahap Kedua
Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum
bersedia untuk memerintah sendiri.
1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah
universiti untuk mereka.
Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am
Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang
diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan
dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah
berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama
Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan
diri mereka sebagai ”Tuan”.
Dr. Ba Mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang
pertama.
87