Page 11 - C:\Users\media1\Documents\Flip PDF Professional\KERTASKONSEPIMARAH\
P. 11
SEK. MEN.KEB. AGAMA NAIM LILBANAT
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
__________________________________________________________________________
TAJUK/PROGRAM : KELAS TALAQI DAN MUSYAFAHAH
21. Pengenalan
Al-Quran adalah penawar yang amat bernilai bagi manusia. Ia merupakan hidangan
Allah yang mesti dimanfaatkan mengikut keadaan kemampuan yang ada. Membaca Al-
Quran bermakna kita membuat simpanan saham kita di akhirat kerana ia akan
bertindak sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak disamping cahaya yang bersinar di
wajah pembaca. Oleh yang demikian, Unit HEM SMK (A) Naim Lilbanat dengan
kerjasama Unit Sahsiah Mithaliah telah mengkhususkan waktu untuk pelajar Tingkatan
2 yang tidak tinggal di asrama untuk menghadiri kelas ini.
22. Rasional
Program tadarus yang dirancang ini adalah bertujuan untuk kecemerlangan sahsiah
pelajar SMK Agama Naim Lilbanat sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Program yang dirancang perlu dilaksanakan secara berterusan agar
membuahkan hasil yang membanggakan.Disamping mengurangkan masalah disiplin
pelajar.
23. Objektif
1. Melatih diri untuk menggandakan ibadah kepada Allah.
2. Membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan.
3. Melahirkan murid yang mempunyai imej muslimah dan mutadayyinah.
4. Mendidik dan mentarbiah murid khatam Al-Quran selewat-lewatnya sebelum
tamat tingkatan 2.
5. Mendidik murid menjadikan bacaan Al-Quran sebagai satu budaya dan amalan.
24. Kaitan dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat membaca dan menghafaz ayat ayat hafazan silibus tingkatan 1 dan 2 dengan
baik dan lancar mengikut tajwid yang betul.
25. Sasaran :
Semua pelajarTingkatan 1 dan 2 SMKA Naim Lilbanat yang tidak tinggal di asrama
11