Page 26 - C:\Users\media1\Documents\Flip PDF Professional\KERTASKONSEPIMARAH\
P. 26

SEK. MEN.KEB. AGAMA NAIM LILBANAT

                                               SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


                 __________________________________________________________________________


                                         TAJUK/PROGRAM : TADARUS AL QURAN


               51.  Pengenalan
               Al-Quran  adalah  penawar  yang  amat  bernilai  bagi  manusia.  Ia  merupakan  hidangan
               Allah yang mesti dimanfaatkan mengikut keadaan kemampuan yang ada. Membaca Al-
               Quran  bermakna  kita  membuat  simpanan  saham  kita  di  akhirat  kerana  ia  akan
               bertindak sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak disamping cahaya yang bersinar di
               wajah  pembaca.  Oleh  yang  demikian,  SMK  (A)  Naim  Lilbanat  telah  mengkhususkan
               waktu untuk semua pelajar dan guru membaca Al-Quran.

               52.  Rasional
               Program  tadarus  yang  dirancang  ini  adalah  bertujuan  untuk  kecemerlangan  sahsiah
               pelajar  SMK  Agama  Naim  Lilbanat  sesuai  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan
               yang  ingin  melahirkan  insan  yang  seimbang  dari  segi  jasmani,  emosi,  rohani  dan
               intelek.  Program  yang  dirancang  perlu  dilaksanakan  secara  berterusan  agar
               membuahkan hasil yang membanggakan.


               53.  Objektif

                                   Melatih diri untuk menggandakan ibadah kepada Allah.
                                   Membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam
                                     kehidupan.
                                   Melahirkan murid yang mempunyai imej muslimah dan
                                     mutadayyina.


                                   Mendidik murid menjadikan bacaan Al-Quran sebagai satu budaya
                                     dan amalan
                                   Menerap nilai kerjasama dalam pasukan
                                   Menyemaikan rasa  saling hormat menghormati antara pemimpin dengan
                                     yang   dipimpin

                                   Membentuk sahsiah dan disiplin yang tinggi di kalangan murid





                                                             26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31