Page 157 - 5_6125327253401239595
P. 157

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

               5.      AUDIT DALAMAN

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan.
                                    Memeriksan akaun Koperasi atau melantik orang-orang yangkompeten
                                     untuk  memeriksa  akaun-akaun  itu  pada  masa  yang  ditetapkan  yang
                                     tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan.
                                    Memberitahu  Lembaga  apa-apa  ketakselarasan  yang  berlaku  dalam
                                     pengurusan Koperasi dengan serta merta.
                                    Mengemukakan di dalam mesyuarat agung tahunan, laporan mengenai
                                     pengurusan dan hal-ehwal Koperasi termasuk pelanggaran terhadap
                                     Akta atau Peraturan atau Undang-undang Kecil.
                                    Pada setiap masa mempunyai ekses kepada segala buku, akaun dan
                                     dokumen  Koperasi  dan  mana-mana  orang  yang  dikehendakinya
                                     supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku , akaun-
                                     akaun  dan  dokumen-dokumen  sedemikian  hendaklah  mematuhi
                                     kehendak itu.
                                    Jawatankuasa Audit Dalaman menurut subperaturan 32 (2) Peraturan
                                     hendaklah  bersidang  dan  membuat  syornya  kepada  Lembaga  tidak
                                     kurang  daripada    dua  kali  tiap-tiap  tahun  dan  laporan-laporan
                                     hendaklah dikemukakan  kepada Ketua Pendaftar.

               6.      PENGURUS BELIAN / STOK

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Mengurus  semua  pesanan  barang-barang  yang  diperlukan  oleh
                                     Koperasi.
                                    Menulis dan menyimpan baucar-baucar.
                                    Menulis dan menyimpan jurnal belian.
                                    Menulis dan menyimpan stok.
                                    Mencari pembekal-pembekal yang boleh membekalkan barang-barang
                                     Koperasi dengan harga yang lebih murah tetapi kualitinya terjamin.
                                    Memberi  kepuasan  kepada  ahli-ahli  yang  membeli  barangan  dari
                                     Koperasi.
                                    Membuat  taksiran  harga  barang-barang  mengikut  harga  modal  atau
                                     harga pasaran mana yang lebih rendah pada masa akaun itu diambil.
                                    Menjalankan  pemeriksaan  stok  sekurang-kurangnya  setahun  sekali
                                     iaitu setiap 31 Disember (mengikut tahun kewangan Koperasi) dan bila-
                                     bila masa dikehendaki oleh Lembaga atau Ketua Pendaftar.
                                    Menandatangani daftar taksir barang-barang.
                                    Mencatatkan  ke  dalam  buku  akaun  barang-barang  yang  digunakan
                                     oleh ahli Lembaga bagi menjalankan tugas-tugas Koperasi.
                                    Memulangkan  barang-barang  yang  ditolak  oleh  Koperasi  kepada
                                     pembekal-pembekal jika didapati bekalan itu tidak memenuhi syarat.
                                    Menyediakan buku sebut harga.

               7.      PENGURUS JUALAN

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Menguruskan segala jualan yang dijalankan oleh Koperasi.

                                                           156
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   152   153   154   155   156   157   158   159