Page 16 - 5_6125327253401239595
P. 16

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar




                                             SEJARAH SEKOLAH
                            ______________________________________________________________________


               Sekolah  Menengah  Teknik  Tuanku  Ja’afar  telah  dibuka  pada  tahun  1973.
               Kemasukan murid yang pertama adalah pada 16 Januari 1973. Tetapi ketika
               itu  SM  Teknik  Seremban  masih  didalam  pembinaan.  Oleh  kerana  Sekolah

               Vokasional Seremban ( SMVS ) telah siap terlebih dahulu, maka seramai 233
               orang murid dan 12 orang guru telah menumpang di sana buat sementara
               waktu.
               Pada  tanggal  1  April  1974,  semua  murid  yang  menumpang  di  Sekolah
               Vokasional  Seremban  (  SMVS  )  telah  berpindah  ke  bangunannya  sendiri.
               Bangunan Sekolah Menengah Teknik Seremban ( SMTS ) telah dibina di atas
               tanah seluas 9 hektar dan terletak di kawasan Ampangan, Negeri Sembilan .

               Pada tahun 1977, Sekolah Menengah Teknik Seremban telah diberikan nama
               baru iaitu Sekolah Teknik uanku Ja’afar dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku

               Ja’afar Ibni Amarhum Tuanku Abdul Rahman. SM Teknik Tuanku Ja’afar telah
               melalui pelbagai saat gemilang sama ada dalam bidang akademik mahupun
               kokurikulum  sehingga  akhirnya  dianugerahkan  sebagai  Sekolah  Kluster
               Kecemerlangan pada tahun 2000.

               Nama Sekolah          :      SM Teknik Tuanku Ja’afar
               Alamat                :      KM 4, Jalan Kuala Pilah – Seremban

                                            70400 Seremban, Negeri Smebilan
               Kod Sekolah           :      NKE4144
               Kategori Sekolah  :          Bandar
               Jumlah Murid          :      613 orang
               Jumlah Guru           :      52 orang
               Jumlah Staff          :      22 orang
               Alamat email          :      smttj06@yahoo.com
               Laman Web             :      www.sttj.edu.my








                                                            12
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21