Page 8 - 5_6125327253401239595
P. 8

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                                8 PRINSIP PENGURUSAN BERKUALITI
                           ___________________________________________________________________________________

               TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
               Pelanggan  merupakan  sebab  wujud  sesebuah  organisasi.  Kehendak  semasa  dan
               masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat
               melebihi harapan pelanggan.

               KEPIMPINAN
               Pengurusan  atasan  perlu  mewujudkan  kesepakatan  dalam  memandu  organisasi
               mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti
               bagi memastikan ianya masih sesuai dan berkesan.

               PENGLIBATAN ANGGOTA ORGANISASI
               Semua anggota  merupakan sumber  penting  kepada  organisasi.  Penglibatan  dan
               kompetensi  anggota-anggota  ini  amat  diperlukan  untuk  menyumbang  kepada
               peningkatan prestasi organisasi.

               PENDEKATAN PROSES
               Pendekatan proses bermaksud proses transformasi input kepada output . Hasil yang
               dihasratkan iaitu output daripada proses transformasi ini akan dapat dicapai dengan
               lebih  cekap  apabila  aktiviti-aktiviti  dan  sumber-sumber  yang  terlibat  diuruskan
               mengikut pendekatan proses.

               PENGURUSAN YANG MENGAMALKAN PENDEKATAN SISTEM
               Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan
               diuruskan  dengan  baik  supaya  objektif  organisasi  dapat  dicapai  dengan  lebih
               berkesan dan cekap.

               PENAMBAHBAIKAN SECARA BERTERUSAN
               Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal
               organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan
               secara terusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil
               berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas
               data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
               PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN FAKTA
               Keputusan-keputusan  hendaklah  berdasarkan  kepada  data  dan  maklumat  yang
               tepat supaya keputusan-keputusan ini berkesan.

               HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN UNTUK FAEDAH BERSAMA
               Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang
               baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.





                                                            5
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13