Page 7 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TAHUN 2020 SK PARIT
P. 7

Ucapan Perasmian (En. Mohd Anini b. Mohd Isa)


            Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua dapat berkumpul pada Mesyuarat Agung PIBG
            kali ke 44 SK Parit. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya pada
            hari ini.



            Saya amat prihatin terhadap usaha yang ditunjukkan oleh pihak sekolah. Sebelum saya
            ingin  memperkenalkan  diri.  Saya  adalah  orang  tempatan  yang  berasal  dari  Parit.  Ayah
            saya lebih dikenali sebagai Pak Isa tukang gunting yang membuka kedai di Bazar Parit.
            Saya bersekolah dari Tahun 1 hingga 6 di SK Iskandar Shah dan bersekolah menengah
            di SMK Iskandar Shah dari tingkatan 1 hingga 6. Saya bersama-sama rakan aktif di dalam
            semua  bidang  semasa  bersekolah  di  SK  Iskandar  Shah  dan  SMK  Iskandar  Shah.  Ke-
            banyakan  rakan-rakan  saya  semuanya  berjaya  sehingga  peringkat  nasional.  Saya
            kemudian  meneruskan  pelajaran  di  Universiti  Malaya  pada  tahun  1980.  Kebanyakan
            rakan-rakan saya di Parit juga telah mengalahkan murid-murid di MCKK. Kita boleh berja-
            ya sekiranya mempunyai semangat yang kental.


            Saya  juga  pernah  bekerja  di  bidang  perbankan  dan  berkecimpung  di  dalam  bidang
            teknologi. Pada tahun 1984 saya pernah bekerja di bank walaupun telah ditawarkan kerja
            di bidang kerajaan.



            Pada hari ini peranan pendidikan telah berubah. Sekolah untuk mendidik anak-anak men-
            jadi pewaris negara dan untuk menjadi modal insan negara. Meluaskan akses ke atas in-
            formasi, NKRA merupakan inovasi yang ampuh untuk memanatapkan kualiti pendidikan
            negara. Cabaran pertama untuk pendidikan adalah membangunkan pendidikan ke arah
            global.
            Kita  memerlukan  generasi  terpelajar  yang  menguasai  ilmu  dan  berkemahiran  tinggi.
            Mempunyai nilai-nilai positif utk memajukan negara, negara perlukan generasi berkualiti,
            berilmu, berketrampilan “well rounded”.

            Apabila kita meneroka dunia, aktif dalam pelbagai bidang seperti sukan adalah perkara
            yang menyediakan generasi yang bagus. Seperti sekolah-sekolah yang terbaik di negara.

            Perubahan dalam sistem pendidikan negara menuntut pengorbanan daripada guru teruta-
            manya. Seperti segala info yang diberikan dalam “whats app group”.
            Semangat guru untuk kejayaan murid amat tinggi. Ibu bapa perlu memberikan komitmen
            yang  tinggi.  Guru  juga  perlu  ikhlas.  Para  guru  perlu  memantapkan  dan  bersatu  untuk
            memberikan terbaik untuk murid-murid. Apa sahaja aktiviti yang diperlukan oleh guru, ibu
            bapa perlu memberikan bantuan dan komitmen yg jitu. Permuafakatan yang seterusnya
            akan menjadikan modal insan iaitu murid-murid untuk menjadi lebih berjaya dalam apa jua
            bidang. Seperti dalam hadis:







                                                                                                                7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12