Page 15 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TAHUN 2020 SK PARIT
P. 15

10.3  Pn. Hjh. Normala bt. Bahtiar (Guru Besar)

                             - Murid dan ibu bapa yang tidak hadir pada hari ini, yang tidak mengambil
                               wang bantuan persekolahan, wang tersebut akan dipulangkan

                             - Murid yang tidak hadir ke sekolah tidak layak mendapat KWAMP
                             - Usul untuk Mesyuarat Agung PIBG haruslah diserahkan 2 minggu sebe-
                               lum mesyuarat berlangsung. Jika tidak usul tersebut tidak diterima


                          10.4.  En. Misnan b. Ahamad (YDP PIBG)

                             -  PIBG SK Parit telah berjaya mendapat bantuan bulanan yang diperolehi
                               daripada  Pembangunan  Pertanian  Negeri  Perak  iaitu  sebanyak  RM
                               1000  sebulan  bagi  menjana  aktiviti  yang  mendatangkan  pendapatan.
                               Jawatankuasa  PIBG  bercadang  menyewa  tapak  untuk  menguruskan
                               pusat tuisyen bagi murid di kawasan sekitar Parit. PIBG akan membuat
                               permohonan  kepada  Majlis  Daerah  Perak  Tengah  untuk  menyewa
                               tapak.
                             -  Untuk  bayaran  tambahan  PIBG,  seperti  dalam  persetujuan  Mesyuarat
                               Agung  tahun  lepas  ibu  bapa  perlu  menyelesaikan  bayaran  tersebut
                               paling lewat sehingga bulan Mei

                                                               Tindakan : Makluman


               11. Ucapan Penangguhan


                11.1 En. Misnan b. Ahamad (YDP PIBG)
                               -   Tahniah dan syabas diucapkan atas perlantikan Jawatankuasa yang   ba-
                              ru. Diharapkan semua jawatankuasa PIBG dapat membantu menaikkan
                              keceriaan sekolah dan akademik. Pertandingan yang akan disertai pada
                              tahun ini

                                 Kantin wakil PPD
                                 Laluan PPDa peringkat kebangsaan & Bilik PPDa peringkat negeri
                                 Musolla peringkat daerah

                                 Ikon PIBG wakil negeri Perak
                                 Pusat Sumber wakil Zon Parit

                      11.2  Kerjasama  antara  ibubapa  dan  guru  amat  perlu.  Mohon  ibu  bapa  dapat
                           memberi  komitmen  atas  sebarang  perkara  yang  melibatkan  kemajuan
                           anak-anak  dalam membangunkan SK  Parit.Sekolah hanya  mendidik  anak
                           kita  secara  formal  namun  tanggungjawab  ibu  bapa  sepenuhnya  mendidik
                           dari rumah.








                                                                                                               15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20