Page 9 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TAHUN 2020 SK PARIT
P. 9

1. Ucapan Penasihat (Guru Besar)


                1.1.Tahniah  kepada  PIBG  kerana  dapat  menganjurkan  program  ini.  Ini  merupakan
                        Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-44. Ini bermaksud sudah 44 tahun pelbagai
                     idea, pendapat, dan macam-macam perkara dan idea yang  dilontarkan di  dalam
                     Mesyuarat Agung PIBG.


                1.2.Bersyukur  kerana  dapat  bersama  terutama  bersama  perasmi  pada  hari  ini.
                     Semua  sekolah  seluruh  negara  wajib  menyelesaikan  Mesyuarat  Agung  PIBG
                     sekolah sebelum 31 Mac.


                1.3.Terima kasih atas ucapan daripada ibu bapa semasa Guru Besar mendapatkan
                     rawatan di Hospital Kuala Lumpur


                1.4.SK  Parit  telah  menjuarai  Pertandingan  Merentas  Desa  peringkat  daerah  dan
                     pihak PPD telah mengucapkan tahniah  kepada SK Parit kerana mendapat tem-
                     pat ke 10 peringkat negeri


                1.5.SK Parit telah terpilih mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan untuk Lalu-
                     an PPDa setelah merangkul johan pada peringkat negeri. Terima kasih kepada
                     ibu bapa telah banyak membantu pada tahun lepas. SK Parit juga akan mewakili
                     daerah untuk Bilik PPDa pada tahun ini. Musolla dan kantin  juga akan bertand-
                     ing untuk daerah Kami guru-guru telah memulakan persiapan untuk pertandingan
                     dengan bantuan ibu bapa


                1.6.Perasmi  yang  dijemput  ke  sekolah  untuk  pelancaran  atau  perasmian  program
                     adalah individu yang boleh menyumbang untuk dana di mana pihak sekolah me-
                     merlukan kewangan yang banyak untuk persediaan pertandingan peringkat dae-
                     rah, negeri dan kebangsaan. Terima kasih kepada En. Misnan b. Ahamad atas
                     usaha mencari dana yang telah dilakukan. Dana yang dicari juga adalah untuk
                     program peningkatan akademik.


                1.7.Pada  tahun 2018 SK  Parit mendahului sekolah-sekolah  lain  dalam pencapaian
                     UPSR dengan pencapaian lulus 100% Bahasa Melayu, 100% Sains, 92 % Baha-
                     sa Inggeris dan 62 % Matematik. Semasa cuti juga guru-guru telah memanfaat-
                     kan cuti sekolah dengan kelas-kelas tambahan. Kelas Sinar Pagi juga telah dim-
                     ulakan oleh guru-guru di SK Parit.



                1.8.Untuk makluman En. Khairul Aznam b. Razali, Peolong Kanan Pentadbiran se-
                     dang mengikuti kursus NPQL untuk menjadi Guru Besar


                1.9.Ustazah Ranakartini bt. Radzi telah ditukarkan ke SK Iskandar Shah dan telah
                     diganti oleh Ustaz Hj. Ibrahim b. Mohd Hashin  manakala Pn. Noor shaadah bt.
                     Abd.  Ghani  ditukarkan  ke  SK  Tanjong  Belanja  dan  telah  diganti  oleh  Pn.
                     Halimatusaidah bt. Razak



                                                                                                                9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14