Page 4 - amali ebook aiman
P. 4
TAJUK
Penentuan frekuensi Jati
TUJUAN
Menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan sonometer
TEORI
Setiap objek mempunyai frekuensi getaran semulajadi. Frekuensi sesuatu gelombang ialah
bilangan ayunan lengkap yang terhasil dalam satu saat. Manakala, frekuensi asli bermaksud
sesuatu system yang berayun atau bergetar secara bebas tanpa melibatkan daya luar. Unit bagi
frekuensi adalah Hz dan rumus umum frekuensi adalah seperti di bawah:
= ƛ
= /ƛ
di mana:
f = frekuensi, v = halaju
ƛ = amplitud
Sonometer merupakan satu alat yang digunakan bagi mengukur frekuensi resonan
dengan menyelaraskan ketegangan dan jisim wayar. Penggunaan sonometer
membolehkan getaran melintang yang terhasil dari wayar yang diregang dikaji. Arus ulang
alik yang mengalir melalui gegelung electromagnet akan menghasilkan medan magnet di
sekeliling gegelung dan apabila sebaik sahaja electromagnet tersebut didekatkan di
bahagian tengah wayar sonometer. Maka wayar sonometer akan ditarik dan berayun
mengikut kitaran kemagnetan elektoromagnet tersebut. Oleh itu jika frekuensi asli wayar
sonometer bersamaan dengan frekuensi arus ulang alik mengalir melalui gegelung
elektromagnet maka wayar sonometer akan berayun dengan amplitud yang paling
besar yang dikenali sebagai resonans.