Page 87 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 87
Pembangunan Kemahiran bertarikh 3 Jun 2020;
Guidelines To Good Practices: Work-Based
Learning (WBL), Malaysian Qualifications Agency
(MQA) bertarikh 25 Februari 2016; dan
9.1.6 Code of Practice for Programme Accreditation:
Open and Distance Learning 2nd Edition (2019).
Malaysian Qualifications Agency (MQA).
9.2 Pengurusan Umum
9.2.1 Taklimat prosedur pelaksanaan PdP amali teknikal
dan vokasional dijalankan.
9.2.2 Bilangan murid/pelajar untuk setiap sesi
pembelajaran ditentukan berdasarkan kapasiti
ruang/kawasan/ladang dengan mengambil kira
penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.
9.2.3 Sekiranya kapasiti ruang dan peralatan tidak
mencukupi, aktiviti amali boleh dijalankan secara
bergilir mengikut kumpulan atau kelas.
9.2.4 Murid/pelajar digalakkan membawa peralatan amali
sendiri seperti kit kecantikan, tool box dan peralatan
peribadi seperti tuala, pakaian bengkel, pelitup
separuh muka dan set pakaian keselamatan
bengkel.
9.2.5 Lokasi PdP Amali adalah seperti yang berikut:
a. bilik PdP seperti bengkel automatif, bengkel
elektrik, bengkel kimpalan, makmal komputer,
restoran, bengkel solekan dan lokasi lain
81