Page 15 - MENU GURU- Google Classroom
P. 15
Nota tambahan
Arkib (archive) atau padam (delete) kelas.
Pada awal tahun persekolahan, apabila guru tidak lagi mengajar kelas yang
sama, guru boleh mengarkibkannya. Apabila kelas diarkibkan, ia diarkibkan
untuk semua guru dan murid dalam kelas itu. Jika guru tidak mengarkib kelas,
kelas tersebut akan berada di laman utama Classes dan di laman web murid.
Guru boleh memulihkan (restore) kelas yang diarkibkan jika mahu
menggunakannya semula, atau memadamnya jika guru pasti bahawa beliau
tidak akan menggunakannya lagi.
Guru utama (yang create kelas tersebut) dan guru yang dijemput untuk join
class dapat mengarkibkan kelas, tetapi hanya guru utama yang boleh
memadam kelas. Murid tidak boleh membuat arkib atau memadam kelas.
Nota: Untuk memadam kelas, guru perlu mengarkibkannya terlebih dahulu.