Page 2 - PAMFLET Sambutan Maal Hijrah SKPM 2019
P. 2
Pengenalan
Maal Hijrah ialah di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Islam. Peristiwa ini disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharram
dengan pelbagai program bagi mengingati semula peristiwa agung ini di
samping mengambil pengajaran daripadanya.
Hijrah pada bahasa ialah berpindah. Pada istilah ialah perpindahan
Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-13, baginda dilantik menjadi Rasul.
Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud berubah kepada sikap yang lebih
positif, peningkatan ilmu, penguasaan ekonomi di kalangan umat Islam, pen-
guasaan Sains dan teknologi serta memperbaiki pandangan bukan Islam ter-
hadap Islam.
Justeru itu, adalah amat penting majlis ini dilaksanakan di peringkat
sekolah bagi mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa pen-
tingnya hijrah pada umat Islam.
Objektif
Mendedahkan murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.
Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan
kebaikan daripada peristiwa hijrah itu.
Mengubah tanggapan bukan Islam terhadap Islam.
Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah S.A.W.